Nama Sumareh Tiada

Kelibat pemain natvralisasi pertama negara Mohamadou Sumareh tiada dalam senarai skuad utama Police Tero FC semalam bukan disebabkan menghadapi masalah atau kecedraan cuma memerlukan sedikit tempoh untuknya menyesuaikan diri bersama pasukan. Pemain berusia 26 tahun itu berkata, ketika ini barisan kejurulatihan mahukannya berehat dan menjalani latihan khas sebelum disenaraikan dalam pasukan pada perlawnan akan datang. Sumareh berkata, khidmatnya kemungkinan akan digunakan pada perlawnan akan datang sebaik mendapat lampu hijau daripada jurulatihnya. Sekarang, saya mengikuti program kecergasan di mana barisan kejulatihan meminta saya untuk bersantai dan tidak tertekan dengan situasi semasa.Barisan kejurulatihan cukup memahami situasi saya yang sudah lama tidak beraksi dan berazam mahu mempamerkan @ksi terbaik apabila diturunkan nanti, katanya. Selain itu, pemain berasal dari Gambia berkata, situasi C0-v!d-19 di negara terbabit terkawal dengan pengurusan pasukan sentiasa mengambil langkah 0ptimum bagi membendung pandemik berkenaan daripada menular di kalangan pemain. Rata-rata pemain sudah mengenali saya kerana pernah bertemu pada perlawnan antarabangsa sebelum ini, jadinya mereka semua baik dan memahami kerana saya sudah lama tidak bermain. Sebelum itu, harapan peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan Sumareh turun ber@ksi bersama Police Tero pada perlawnan malam kelmarin ternyata meleset apabila pemain itu tidak disenaraikan dalam pasukan untuk diturunkan bertemu Prachuap. Perlawnan yang menyaksikan kedua-dua pasukan itu seri 2-2 hanya menyaksikan rakan sepasukan Sumareh iaitu Dominic Tan tersenarai sebagai pemain simpanan. sumber:HM