Forkey Doe Akan Heret Pahang Ke FIFA

Belumpun reda !su membabitkan Mohamadou Sumareh, Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP) bakal diheret pula ke FIFA oleh bekas pemain import mereka Francis Forkey Doe.

Dalam satu laporan esklusif disiarkan Arena Metro, Forkey Doe mend@kwa Pahang gagal melunaskan tunggakan gajinya sepanjang musim 2018 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM746,500.Sumber terdekat pemain itu memberitahu dia telah cuba berhubung dengan PBNP beberapa kali dengan menghantar n0tis dan surat tuntvtan tetapi tidak dilayan.Pada 2018 (Forkey Doe) menandatangani kontrak selama semusim dengan PBNP tapi ditandatangan tanpa ejen dan biasanya pembayaran gaji mereka tunai saja.

Gaji dia untuk bulan pertama dan kedua dibayar. Masuk bulan ketiga ketika Pahang menent@ng Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, dia mengalami kecedraan ACL (anterior cruciate ligament) dan selepas itu dia terus h!lang daripada pasukan.Dia juga hairan dengan layanan pengurusan pasukan yang buat tak tahu dengan kos rawatan kecedraan terpaksa guna duit sendiri sedangkan dalam k0ntrak jelas pemb!ayaan kecedraan ditanggung pasukan.

Pahang seolah biarkan dia macam itu saja. Dia sudah beberapa kali hubungi dan beri notis tuntutan tapi Pahang senyap saja. Isu ini akan di bawa ke Fifa kerana sebagai pemain import dia boleh heret ke Fifa, kata sumber itu.

Kredit : Harian Metro

Tambahnya, Forkey Doe boleh dikatakan dibuang tanpa rela kerana dia tidak pernah bersetuju untuk menamatkan k0ntrak lebih awal.Sebelum ini Forkey Doe ada mengambil peguam luar dan Pahang buat satu surat mengatakan dia setuju untuk tamatkan kontrak. Tapi sebenarnya, Forkey Doe tak pernah pun membuat surat itu. Mungkin sebab surat itulah seolah Pahang tak mahu layan Forkey Doe.

Sebagai rekod, Forkey Doe diperkenalkan ke Liga Malaysia oleh Terengganu FC pada 2012 di mana dia muncul penjaring terbanyak Liga Super musim tersebut, sebelum berhijrah mewakili beberapa pasukan seperti Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan, Felda United dan terakhir Pahang.