Sumareh Tidak Perlu Bertindak Sedemikian

Baru-baru ini, peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan tindakan penyrang skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang tidak muncul di sesi latihan skuad tok gaj@h selama sebulan sehingga terlepas perlawnan Liga Super men3ntang JDT pada minggu lalu.

Sumareh yang masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022 mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Klausa 8.7 bermaksud kontrak pemain boleh ditamatkan tanpa apa-apa kesan (sama ada pembayaran pampasan atau pengenaan sekatan kesukanan) jika pemain tidak menerima gajinya lebih dari satu kali.

Bagaimanapun, sumber daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang enggan didedahkan namanya menafikan dakw@an pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji kerana semua pemain dalam skuad tok g@jah sentiasa dibayar setiap bulan cuma terlewat akibat wab@k C0V!D-19.

Dalam isu ini tidak timbul Pahang tidak langsung membayar gaji setiap bulan biarpun bayaran gaji itu tidak diterima sepenuhnya.

Tapi semua tahu penul@ran w@bak C0V!D -19 memberi kesan terhadap pengurusan pasukan yang menyebabkan berlaku sedikit kelewatan atau tunggakan.

“Namun, Pahang tetap membayar gaji setiap bulan biarpun bukannya bayaran penuh,” katanya

PBNP juga mengakui sangat kec3wa dengan tindakan Sumareh yang menamatkan kontrak tanpa sebarang perbincangan dengan pihak pengurusan.

Ia adalah satu tindakan yang tidak profesional memandangkan badan induk itu sudah banyak membantu pemain itu menyelesaikan proses dokumentasi untuk mendapatkan status warganegara Malaysia.

Sebagai pemain profesional dan sudah lama bersama Pahang, Sumareh tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Sebaiknya, Sumareh harus mencontohi barisan pemain dari pasukan lain yang kekal dan setia bersama pasukan ketika mereka berdepan masalah gaji sehingga tempoh beberapa bulan.

“Kita tidak dengar mereka yang berdepan masalah tunggakan gaji membuat keputusan meningg@lkan pasukan kerana kesetiaan kepada pasukan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Tok G@jah, Datuk Mohammed Suffian Awang tetap menganggap Sumareh sebagai pemain yang tidak profesional kerana tidak memaklumkan kepadanya serta Dollah Salleh.

Dalam hal ini, jika menghadapi sebarang masalah, dia sepatutnya merujuk kepada saya selaku pengurus atau bertemu jurulatih (Dollah Salleh).

“Tapi, tiada apa yang diberitahu kepada kami sebaliknya membuat keputusan tidak hadir menjalani latihan sejak sebulan lalu,” katanya.

“Namun, tindakan tidak profesional Sumareh yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu ketika pasukan dalam persiapan memperkasakan pasukan sebaik Liga Malaysia (Liga M) bersambung adalah tidak bertanggungjawab,” tegasnya.