Selamat Tinggal Barca

MASA depan Luis Suarez turut tidak terkecuali menjadi topik hangat selepas kekal@han teruk Barcelona di tangan Bayern Munich, baru-baru ini.

Terdapat laporan bahawa bintang antarangsa Uruguay itu merupakan salah seorang daripada pemain yang ingin dilepaskan Barcelona pada musim panas ini jika mereka mendapat tawaran yang sesuai.

Seorang wartawan di Uruguay, Enzo Olivera, melaporkan pasukan Belanda, Ajax bersedia membuat tawaran untuk penyrang itu.

Ada laporan mengatakan Suarez sedang diintai kelab dari Qatar, Al-Arabi.

Barcelona mungkin dalam mood untuk menerima jika harganya tepat, sementara Suarez mungkin lebih tertarik untuk kembali ke liga Eredivisie.

sumber:Mstar

Kontrak Suarez di Barcelona akan berakhir pada 2021. – BarcaBlaugranes