“Dato’ Aliff Syukri perlu lantik orang yang betul…”

Heboh baru-baru ini tentang berita yang mengaitkan usahawan terkenal Malaysia, Dato’ Aliff Syukri dan pasukan Liga Super Malaysia, FA Kedah.

Berita yang menyatakan Dato’ Aliff Syukri berminat untuk menaja dan membeli pasukan dari utara Malaysia itu menjadi bualan di kalangan peminat bolasepak di negeri Kedah kerana dengan kedudukan pasukan Kedah yang terpalit dengan isu tunggakan gaji pasti sedikit sebanyak memberi berita gembira buat mereka(pemain).

Tetapi jika Dato’ Aliff Syukri ingin membeli pasukan Kedah FA apa yang beliau perlu l@kukan?

Faqrul Asyraf, penulis BBST dan pemerhati bolasepak Kedah berkata “Dato’ Aliff Syukri perlu lantik orang yang betul untuk mengg@las tanggungj@wab  sebagai CEO FA Kedah jika ada ni@t untuk membeli dan elakkan dengar kata-kata orang di dalam KFA sekarang ini, bawa masuk orang yang selay@knya! Kedah sangat berpontensi untuk Kelab jana pend@patan sebab mempunyai ‘fans based’ yang sangat r@mai, pendedahan kepada penyokong pun perlu supaya mereka faham apa yang kelab mahu.  Jangan lantik CEO dari Bursa Saham macam sebelum ni sudah. Ramai calon yang sesuai dan layak.”

“Kedah FA ibarat di ‘reset’ semula setiap kali berlaku perubahan pada tampok kepimpinan, ini berlaku sejak 2015 yang lalu, jika dilihat pada tahun itu Kedah merupakan sebuah pasukan yang mampu menc@bar JDT ketika itu, dengan dibimbing oleh Tan Cheng Hoe, Kedah memang sebuah pasukan yang dit@kuti di Liga Malaysia namun sayang akibat kedudukan kepimpinan yang tidak menentu ia membuatkan pasukan itu hilang t@ring. Perkara yang sama akan berlaku jika tiada 1 perub@han yang besar kepada pasukan Kedah.