C.Ronaldo Bebas Buat Keputusan Tinggalkan Juventus

TURIN: Juventus dilaporkan tidak lagi berpendirian Cristiano Ronaldo ‘tidak boleh berhijrah’ dan boleh dibeli dengan nilai £54 juta pound (RM296.92 juta).

Akhbar Sport mendakwa Paris Saint-Germain sedang memantau berita berkenaan dan mungkin mengambil langkah selepas selesai Liga Juara-Juara.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes dilaporkan sudah menerima tawaran daripada antara kelab terbesar Eropah sejak Juventus tersingk!r daripada saingan Eropah.

Walaupun melalui kempen dengan rekod tersendiri di depan gol dan satu gelaran Serie A, bintang Portugal itu sebenarnya menamatkan musim dengan kekec3waan.

Kekalahan dalam Suppercoppa Italiana dan Coppa Italia dilengkapkan dengan kekalahan dalam Liga Juara-Juara.

Selepas kalah kepada Lyon, Maurizio Sarri dipecat dan digantikan legenda kelab yang kurang pengalaman, Andrea Pirlo.

Ronaldo, yang masih memiliki baki kontrak dua tahun bersama Juve, ditawarkan peluang menguasai Perancis bersama Neymar di PSG.

Pakar bola sepak Sepanyol, Guillem Balague juga mendakwa pemain itu boleh kembali ke La Liga bersama Barcelona. – Agensi