Teruk Barcelona Dimalukan

PERTAHANAN veteran Barcelona, Gerard Pique menyifatkan kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich adalah “memalukan” dan mendakwa kelab berkenaan “berada di tahap terendah.”

Kami berada di tahap terendah. Ini bukanlah kali pertama atau kedua, atau ketiga. Kami tidak berada di landasan yang betul, kata Pique.

Jurulatih dan pemain masing-masing mengikutinya, tapi sudah beberapa tahun sejak kami benar-benar kompet!tif di peringkat Eropah.

Kami harus berfikir secara mendalam dan menentukan apa yang terbaik buat kelab, untuk Barca. Malam ini ia tidak boleh diterima buat Barcelona.

Kali terakhir juara lima kali Barcelona, menang Liga Juara-Juara ialah pada 2015 dan kekalahan hari ini berlaku selepas tewas gelaran liga kepada Real Madrid.

sumber:HM

“Ia perlawnan yang teruk. Ia meninggalkan perasaan yang burvk dan sangat memalukan,” tambah pemain berusia 33 tahun itu.