Penyelamat Kelantan Bukan Cakap Kosong

BUKAN omong kosong apabila perbincangan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) bersama pakar pelaburan, Norizam Tukiman hampir mencapai kata sepakat dengan masing-masing hanya tinggal untuk menandatangani perjanjian dalam masa terdekat ini.

Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman berkata, ketika ini pihaknya hanya menunggu permohonan rasmi daripada pakar pelaburan saham selain pelan perancangan dalam usaha menaikkan kembali TRW pada masa akan datang.

Beliau berkata, Norizam sememangnya menunjukkan minat untuk mengambil alih TRW malah turut menerangkan perancangannya apabila diberikan kesempatan memimpin pasukan itu. Sekarang ini kita hanya menunggu surat rasmi daripada Norizam yang mungkin akan dihantar dalam tempoh terdekat ini. Perbincangan lanjut nanti adalah lebih kepada persetujuan bersama merangkumi terma dan syarat sebelum menandatangani perjanjian secara rasmi, katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan tiga syarikat berminat memiliki pasukan terbabit selepas Wan Kamal Wan Napi menarik diri.

Daripada tiga calon berkenaan, salah satu daripadanya adalah usahawan burger dan pemilik rangkaian hotel, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham.

sumber:HM

Sementara itu, Hussin berkata, pihaknya masih lagi terbuka jika ada pihak lain mahu berbincang untuk mengambil alih TRW namun mereka perlulah serius dan mempunyai perancangan tersusun.