Singk!rkan Pasukan ‘CAP AYAM’ Ke Liga Amatur

PASUKAN yang gagal melunaskan tunggakan gaji hingga akhirnya mencemarkan saingan Liga Malaysia (Liga M) perlu ‘disingk!rkan’ daripada beraksi dalam saingan liga utama.

Sebaliknya, ‘keeg0an’ pasukan yang tidak ‘mengukur baju pada badan sendiri’ hingga menyebabkan mereka terjerumus ke lembah hutang perlu diturunkan ber@ksi bersama pasukan amatur.

Jelas bekas pemain negara, Khalid Ali, langkah lebih tegas itu perlu diambil bagi menyedarkan segelintir pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji.

Malah katanya, Liga Perdana juga perlu diamaturkan seperti Liga M3.Pada pendapat saya pasukan dan kelab ini perlu dikenakan tindakan lebih tegas umpamanya menurunkan liga mereka.Bagi saya Liga Perdana juga wajar kita amaturkan agar membuka lebih peluang buat pemain belia ini beraksi atas padang sekali gus membuka jalan kepada lahirnya lebih ramai bakat baru, katanya.

Mengulas mengenai hukuman pemot0ngan mata yang dilaksanakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), beliau melihat kaedah berkenaan sememangnya perlu bagi mengelakkan isu tunggakan gaji daripada terus berulang lagi.

Setakat ini FAM sudah mem0tong mata tiga pasukan iaitu, PDRM FC, Melaka United dan Kelantan.

Perkara ini ialah benda yang sama setiap tahun dan bagi pendapat saya FAM sangat tegas dalam melaksanakan keputusan pemotongan mata. Pemotongan mata ini perlu dilaksanakan agar pasukan dan kelab ini sedar dalam berbelanja.

Dari apa yang saya lihat, kebanyakan pasukan ini berbelanja mengikut kemahuan dan tidak bersandarkan bajet terutama dalam bab menawarkan gaji terlalu lumayan kepada pemain hingga akhir sekali memakan diri sendiri, katanya.

Semalam, FAM mengenakan hukuman pemotongan tiga mata serta mata bagi saingan Liga Perdana ke atas Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) ekoran kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual yang ditetapkan mereka bagi kes yang sudah diputvskan Jawatankuasa Status FAM sebelum ini.

PDRM yang sebelum ini dipotong tiga mata pada tarikh akhir pertama iaitu pada 31 Januari lalu, pasukan ini mula menunjukkan perubahan pos!tif dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka berbanding sebelum ini dan hanya mempunyai satu kes di tahap rayuan pada masa ini.

sumber:HM

Bagi pasukan Melaka United pula, mereka sebelum ini dipot0ng tiga mata selepas tarikh akhir kedua bayaran ansuran pada hujung Februari lalu dan FAM masih memantau pembayaran yang dibuat menerusi pelan pembayaran yang dipersetujui dan ditetapkan oleh mereka bersama pemain dan pegawai dan ketika ini masih berjalan lancar.