Ada Masalah Pemain Dengan Pengurusan

MAS@LAH komunikasi antara pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan barisan pemain skuad Hel@ng Merah dilihat sebagai punca kr!sis dalaman pasukan menjadi semakin par@h.

Terbaharu, tiga tonggak import Kedah ‘mengvgut’ untuk meningg@lkan pasukan dengan menamatkan kontrak secara sebelah pihak seandainya isu tunggakan gaji lima bulan tidak diselesaikan 12 Ogos ini.

Menerusi pendedahan eksklusif Arena Metro, peguam yang mewakili tiga pemain import, Zhafri Aminurashid mengesahkan sudah menyerahkan surat tuntutan kepada KFA pada 29 Julai lalu.

Kegag@lan menyelesaikan pembayaran atau mencapai kata sepakat hingga 12 Ogos ini, akan menyebabkan Kedah kehil@ngan khidmat tiga pemain import itu ketika pasukan bakal menghadapi sepak mula saingan Liga Malaysia pada 26 Ogos ini.

Menurut bekas jurulatih legenda Kedah, Azraai Khor Abdullah, kemelvt yang kini menghantui skuad Hel@ng Merah sebenarnya boleh diatasi sekiranya wujud komunikasi sejak hari pertama pengurusan baharu KFA mengambil alih pada 12 Julai lalu.

Katanya, perbincangan dari hati ke hati antara pasukan dan Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor masih belum lagi berlaku dan ia nyata membuatkan pemain gelis@h memikirkan masa depan mereka.

Di sini saya lihat mas@lah utama adalah isu komunikasi. Depa (pengurusan KFA) pun sampai sekarang tak pi (pergi) jumpa pemain ceritakan mas@lah sebenar kepada pemain.

Rasanya pemain tak ada mas@lah kalau diberi penerangan yang jelas mengenai pelan penyeles@ian tunggakan gaji. Isu ini banyak bermain di media sahaja tetapi tidak ada lagi pertemuan antara pemain dan pengurusan.

Saya fikir pemain boleh pertimbangkan kerana mereka juga faham kekangan kewangan KFA. Tetapi kalau sampai sekarang tak berbincang secara bertent@ng mata memang takkan selesai.

“Pi lah bincang elok-elok, jangan tunggu lama-lama lagi. Pemain pun dah lima bulan tak dapat gaji, sebab itu em0si depa terg@nggu. Bila jumpa depan-depan, insya-Allah apa yang terbuku boleh diluahkan,” katanya yang terkenal dengan gelaran ‘jurulatih double treble’ atas kejayaan membawa Kedah merangkul tiga piala pada 2007 dan 2008.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan tiga awang import itu bersabar dan jangan tingg@lkan pasukan.

Sabar itu separuh daripada iman. Jangan disebabkan nyamuk, habis kelambu dibak@r. Jadi saya harap depa (pemain import) ini bersabar sat (sekejap).

Presiden pun dah berjanji sebelum ini akan selesaikan. Cuma tengah berunding dengan penaja. Jadi sabar sebab kalau depa tak mau (tinggalkan pasukan), depa nak pi mana.

“Mana boleh main dengan pasukan mana-mana pun. Baik tunggu dan insya-Allah semua ini akan berakhir bila Presiden dah dapat penaja,” katanya.