Sumareh Ada Hak

Andai benar pemain sayap dari Gambia, Mohamadou Sumareh mahu meningg@lkan Pahang setelah kontraknya berakhir pada hujung musim ini, terpulang kepada pemain itu.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata ia adalah hak mutlak pemain untuk membuat keputusan dan dia tiada ku@sa untuk menyekat jika ada pemain mahu berpindah.

“Pemain mahupun jurulatih datang dan pergi itu asam garam dalam bolasepak, jika dia mahu berpindah, itu terpulang kepadanya,” ujar Dollah.

Sebagai rekod, Sumareh telah bersama Pahang sejak 2017 sebagai pemain import tetapi bertukar status kepada tempatan pada tahun 2019 selepas dinatur@lisasikan pada bulan Oktober 2018.

Pemain berusia 26 tahun itu hangat dikaitkan dengan perpindahan berprofil tinggi ke Johor Darul Takzim sejak awal tahun ini, dan ia diperkuatkan lagi selepas dia dilihat ‘amat mesr@’ dengan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman instagram pada bulan lalu.

Secara peribadi, Sumareh sendiri tidak pernah menyatakan mahu meningg@lkan Pahang, tetapi dalam temuramah disiarkan Dunia Bola pada beberapa minggu lalu, pemain itu tidak menolak akan berbuat demikian seandainya mendapat tawaran.

Dalam dunia ini termasuk awak sendiri, kalau awak dapat tawaran yang lebih baik, awak nak kekal atau ambil tawaran itu? Mestilah awak nak pergi kan?

“Sama juga dalam bolasepak, awak tak bermain selama-lamanya di tempat sama. Semua pemain akan mengambil tawaran yang lebih baik, itulah realiti bolasepak sekarang,” katanya dalam temubual itu

Perlu diakui, dalam saingan Liga Malaysia, tiada pasukan lain boleh disifatkan sebagai serba sempurna selain JDT dalam semua aspek justeru tidak hairanlah mereka menjadi pasukan idaman setiap pemain.