Ada Cakap-Cakap Belakang tentang Kuzri

Pengurus skuad Bawah 19 (B-19) negara, Datuk Kamarul Ariffin Mohd menempelak sikap sesetengah pihak yang melabel pemain muda yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal tidak memenuhi ciri dan kualiti yang dimahukan untuk mewakili Malaysia.

Ia susulan kenyataan pengendali skuad B-19 negara, Brad Maloney yang menyatakan Wan Kuzri mungkin tidak akan dapat menyertai sesi latihan fasa kedua mulai 3 Ogos depan.

Menurut Kamarul Ariffin, Wan Kuzri menampilkan k0mitmen dan kesungguhan tinggi selain memiliki kualiti permainan yang baik sejak mengikuti kem latihan skuad negara pada Khamis lalu.

Secara peribadi, saya lihat kemampuan dan semangat yang baik ditunjukkan Wan Kuzri untuk mewakili pasukan negara. Buktinya, pada sesi latihan semalam, dia berjaya menjaringkan gol yang menarik.Sama ada dia layak atau tidak untuk panggil, terpulang kepada jurulatih. Tetapi, pada pandangan saya dia bagus. Kepada pihak yang pandai-pandai kata tak bagus tu, tengok dulu sebelum bercakap.

Tidak timbul sebarang isu di sini. Dia akan balik dulu ke Amerika Syarikat dan akan datang ke sini semula sebelum kami berlepas ke Uzbekistan. Jangan komen yang bukan-bukan kerana ia juga akan memberikan tek@nan kepada pemain, katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Maloney memberi bayangan tidak akan memanggil Wan Kuzri dalam sesi latihan fasa dua disebabkan pemain Akademi Bola Sepak St Louis itu terikat dengan komitmen bersama kelabnya selepas latihan fasa pertama berakhir Ahad ini.

Situas itu menimbulkan ‘cakap-cakap belakang’ mengatakan Wan Kuzri tidak memiliki kualiti dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula didakwa tidak bersungguh-sungguh untuk berbincang dengan St Louis untuk membenarkan pemain berusia 18 tahun itu kekal lebih lama di negara ini.

Dalam pada itu, Kamarul Ariffin memberitahu, pemilihan pemain untuk menyertai skuad negara bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan Oktober depan dilakukan dengan teliti oleh barisan kejurulatihan.

Kami menilai pemain bukan hanya sekadar ‘tangkap muat’. Kami menilai mereka di lapangan dan fakta daripada ejen dan sebagainya. Kalau dia daripada kelab, kami berhubung rapat dengan kelab untuk mengetahui kemampuan mereka.

sumber:SH

Kami juga ada pemerhati sendiri yang menilai setiap pemain.Untuk mewakili Malaysia bukan hanya tengok di Facebook dengan video 30 saat dan cakap seseorang itu dah layak main untuk negara. Kami melakukan pencarian dan penilaian dengan teliti, jelasnya.