Pemilik Kelab Ini Kedekut RM345

Seorang pemilik perkhidmatan rekaan grafik untuk sebuah kelab bola sepak terkenal di Filipina, Global FC sudah mendedahkan bahawa pihak pengurusan kelab itu gagal menjelaskan bayaran keatas rekaan grafik yang telah disiapkan.Mengikut pendedahan yang dibuat oleh Sayagraphics pada hari Ahad yang lalu, pemilik perkhidmatan rekaan grafik itu, kelab Global FC telah gagal untuk menjelaskan bayaran perkhidmatan itu sejak dari bulan Januari lagi dan sehingga kini sudah hampir 7 bulan tertvnggak.

Menurut Saya, ketika awal musim 2020 Global FC telah menghubunginya untuk menghasilkan beberapa rekaan grafik apabila kelab itu menandatangani 3 orang pemain baru iaitu John Cofie, Jose Villareal dan Ryo Fujii.

Berdasarkan perbualan dalam gambar diatas, Global FC berhutang sebanyak PHP4,000 atau sekitar RM345 dan bayaran itu tertangguh selama 7 bulan!

Perkara jika diperhatikan secara lebih dekat, sebenarnya turut juga berlaku kepada ramai pereka grafik tempatan di Malaysia yang sering ‘diperalatkan’ oleh pihak pengurusan atau orang tengah untuk mendapatkan perkhidmatan rekaan grafik.

Seperti yang dikatakan oleh Saya dalam kemaskini laman Facebooknya, semua pihak perlu menghormati kerja yang telah dibuat kerana beliau menggunakan hasil kerja sambilan itu untuk membayar yuran pengajiannya.

sumber:Vocketfc