Sancho Idam ke United

LONDON: Manchester United tetap tidak akan berganjak dengan tawarannya untuk mendapatkan pemain sensasi Borussia Dortmund, Jadon Sancho pada harga 80 juta pound (RM432.34 juta).

Kelab Bundesliga Jerman itu sebelum ini hanya sedia melepaskan pemain sayap berkenaan pada harga 100 juta pound (RM540.56 juta) dan enggan menjualnya pada nilai lebih murah daripada jumlah itu.

Namun, Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward menjelaskan kepada bos Dortmund, harga yang ditawarkan itu sebagai tidak realistik dalam situasi semasa kesan daripada impak C0V!D-19 – dan dia percaya perjanjian persetujuan dapat dimeterai jika harga ditawarkan lebih rendah.

United sebelum ini dilihat tidak mahu meneruskan proses pembelian itu berterusan sepanjang tempoh perp!ndahan.

Terdahulu, Ole Gunnar Solskjaer memberitahu Woodward, beliau mahu Sancho menyertai latihan skuad bimbingannya bulan depan bagi menghadapi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) pada September.

Difahamkan pegawai United akan menunggu sehingga minggu depan dan dijangka membuat keputusan sekiranya United berjaya muncul empat teratas EPL musim ini dan sekali gus layak beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan.

Sancho, 20, dikatakan berminat berpindah ke Old Trafford dan hanya menunggu bagaimana pasukan itu menamatkan saingan musim ini. Skuad bimbingan Solskjaer bakal melonjak ke tangga keempat liga sekiranya berjaya menew@skan West Ham awal pagi Khamis ini, waktu Malaysia.

sumber:BH

Dia teruja untuk bersama rakan sepasukan dalam skuad England dan rakan rapatnya, Marcus Rashford sebelum ini turut menyokong United mengikat pemain dari akademi Manchester City itu.