Tiga Pengurus Bert!kam L!dah

LONDON: Sekiranya pemain-pemain Manchester United mempunyai semangat juang seperti bos mereka Ole Gunnar Solskjaer, pasti misi mereka memburv Piala FA, Liga Europa dan kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris berjalan lancar.

Solskjaer, penyrang yang diberi jolokan Baby Faced Assassin di zaman kegemilangannya sebagai pemain, meneruskan reputasinya dengan menyrang Frank Lampard dan Jose Mourinho.

Lampard menuduh pemain United membuat simulasi menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA dengan Chelsea di Wembley awal pagi esok, manakala Mourinho mend@kwa bekas pasukan kendaliannya sering bertuah dengan keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR).Saya sentiasa percaya dengan membenarkan pengadil membuat keputusan dan saya tidak mampu untuk mempengaruhi mereka dengan merungut dan menangis tent@ngnya.

Tidak guna menangis tentang keputusan yang tidak menyebelahi anda. Saya akan mempertahankan pemain saya 100 peratus.Tidak ada seorang pun daripada mereka akan memperdaya pengadil.

“Jika anda lincah seperti Dan James, (Marcus) Rashford, (Anthony) Martial atau (Mason) Greenwood dan anda dijatvhkan berhampiran kotak penalti, ada buku lali yang akan patah.

“Saya hanya mahu mereka dilindungi. Saya percaya pengadil untuk melakukan tugas mereka,” kata Solskjaer.

Berkenaan dakwaan Mourinho pula Solskjaer berkata: “Saya dengar ada orang bercakap tentang tuah, yang kami lebih bernasib baik berbanding mereka yang malang.

“Kami mempunyai penalt! ketika akhir permainan menentang Tottenham yang tidak diberikan pengadil. Ia sepatutnya dua mata lagi buat kami.

“Mari bercakap tentang kad merah (Oriol) Romeu yang sepatutnya dilayangkan kerana mencederakan Mason Greenwood ketika menent@ng Southampton.

“Adakah kita menyebut tentang Mark Noble yang sepatutnya dibuang padang ketika kami t3was kepada West Ham?

sumber:BH

Sepatutnya kami yang lebih banyak merungut tentang keputusan di atas padang. Tetapi saya tidak mahu mencari masalah.