Ada Peraturan Baru Diperkenalkan MFL

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membenarkan semua pasukan membuat lima pertukaran pemain dalam satu perlawnan apabila Liga Malaysia (Liga M) bersambung semula.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata keputusan itu dibuat selepas melihat peraturan berkenaan boleh memberikan kebaikan kepada semua pasukan terutama selepas lama berehat akibat pandemik C0V!D-19.

“Benda itu (peraturan pertukaran lima pemain) sudah diluluskan oleh FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) dan ia satu keputusan yang baik,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

“Ia satu langkah yang baik untuk beberapa perkara termasuk dalam mengelak kec3deraan pemain yang sudah lama berehat dan mungkin ada yang kurang cergas.

“Ini kebaikan buat pasukan tapi terpulang kepada mereka untuk buat pertukaran. Sama dengan pemain import, nak pakai seorang pun tak apa, nak pakai empat pun tak apa, benda yang baik kita ambil (benarkan).”

FIFA meluluskan peraturan menukar lima pemain dalam satu perlawanan berbanding hanya tiga yang dibenarkan sebelum ini.

Ia selepas melihat beberapa faktor terutama terdapat kemungkinan pemain ber!siko terdedah kepada keced3raan selepas lama berehat akibat COVID-19.

Malah, peraturan itu sudah dilaksanakan oleh beberapa liga di Eropah termasuk Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dalam perkembangan sama, Ab Ghani menjelaskan pihaknya akan mengumumkan tarikh penyambungan semula Liga M dalam masa terdekat, selepas ia ditangguhkan sejak Mac lalu.

“Liga sudah dibenarkan, ia terpulang kepada kita untuk buat keputusan. Kita akan umum dalam masa terdekat,” katanya.

sumber:BH