‘Ini Tak Adil’

LONDON: Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mend@kwa adalah tidak adil Chelsea ada rehat tambahan dua hari sebelum pertembvngan separuh akhir Piala FA Ahad ini.Skuad kendalian Solskjaer akan berdepan Crystal Palace pada saingan Liga Perdana awal pagi esok sebelum kembali ke London tiga hari kemudian bagi berdepan Chelsea di Wembley.

Ketika United melalui jadual padat, Chelsea berehat sejak kemenangan 1-0 mengatasi Norwich semalam.United juga bermain Selasa lalu ketika seri 2-2 berdepan Southampton, manakala Chelsea ber@ksi menent@ng Sheffield United Sabtu lalu.

Peluang Solskjaer merehatkan pemain berdepan Palace amat sukat ketika United kini mengejar kedudukan empat teratas untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Ada kebimbangan di sini, jelas mereka ada 48 jam lebih rehat dan melalui pemulihan berbanding kami. Ini tidak adil, kata Solskjaer.

“Kita bercakap mengenai jadual yang adil sejak permulaan kembali bola sepak. Sudah tentu ini tidak adil.

sumber:BH

“Tapi saya perlu fikirkan mengenai Khamis. Kami perlu menang ini, fokus terhadapnya, dan melalui perlawnan lain selepas itu.” – AFP