AC Milan P0wer Sebab Permata Baru Ini

Disebabkan AC Milan makin power semenjak Liga sambung ni, kita sembang-sembang pasal seorang lagi pemain mereka. Kali ni Rafael Leao.Sekali imbas, dengan muka dan namanya mesti orang ingat dia ni Brazilian tapi sebenarnya dia Portugal. Rekod dia setakat ini boleh tahan, dia sudah beraksi di 3 division utama eropah, Primeira Liga (Portugal) kemudian ke Ligue 1 (Perancis) dan kini Serie A (Italy).

Sejak berusia 9 tahun lagi, Rafael telah bersama kelab Sporting Lisbon, kelab yang dikenali dengan melahirkan beberapa pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo, Nani dan terbaru mengilap bakat Bruno Fernandes sebelum dia sertai MU.Dia memiliki rekod agak baik pada usia belasan tahun, malah pengendali skuad akademi mereka, Thiago Fernandes berpendapat Rafael lebih baik dari CR7 jika perbandingan peringkat junior mereka dibandingkan.

Dalam memasuki usia 17 tahun, Rafael pernah melakukan debut bersama skuad senior kelab selepas disyorkan oleh Thiago. Rafael turut mencatat sejarah sebagai pemain paling muda Sporting Lisbon berjaya menjaringkan gol menentang FC Porto. Dia menew@skan bukan calang-calang penjaga gol ketika itu, Iker Casillas.

Sapa masih ingat insiden beberapa pemain Sporting diser@ng peminat pada 2018 lalu, Rafael antara 7 pemain yang bertindak menamatkan kontrak mereka bersama kelab serta merta. Tapi ketika awal musim haritu, kesemua mereka diarah bayar balik pampasan kontrak dan Rafael turut terkena tempias sekali. Dia diarah bayar ganti rugi dalam £14.5 juta kepada kelab.

Sertai Lille OSC di Ligue 1,

Rafael kemudian menyertai pasukan Lille OSC. Di Perancis, Rafael mula diberi jolokan ‘Portuguese Mbappe’ susulan aksi meningkat beliau. 8 gol dari 26 penampilan di Ligue 1, rekod beliau agak baik malah diletakkan sebaris Kai Havertz, rekod pemain yang lahir pada 1999 dan menjaringkan sekurang-kurangnya 8 gol dari top 5 division di eropah.

Aksi beliau menambat perhatian beberapa kelab eropah lain seperti Everton, Napoli, Valencia dan Milan.Tolak Everton Sertai Rossoneri,Sebelum sertai Milan, Rafael terlebih dahulu diburu Everton. The Toffees menawarkan offer lebih lumayan dari Milan. Sebelum mendapatkan Moise Kean, Marco Silva ketika itu terdesak membawa Rafael dengan menawarkan £27 juta kepada Lille namun Rafael akhirnya memilih Milan yang menawarkan tawaran lebih rendah, hanya £22 juta untuk Rafael.

Di Milan, segalanya bukan mudah untuk pemain berusia 21 tahun ini, dengan adanya Piatek sebagai regular No9 disamping rakan senegara, Andre Silva dan pemain pinjaman, Ante Rebic.Rafael kemudian menampilkan aksi menyakinkan. Piatek dijual, Silva dihantar pinjaman. Rafael dan Rebic kekal sehingga kedatangan King Zlatan pada Januari lalu.

Dengan ketinggian 6 kaki lebih, Rafael bukanlah generasi ‘t@rgetman’ klasik, dia dikuatkan ability strength, dribble, pace dan mampu mengisi beberapa posisi, boleh bermain di wide area, sebagai penyrang kedua atau penyrang utama. Walaupun bukan sebagai ‘core’ kepada pasukan, Rafael menjalankan tugas beliau agak baik sebagai super subs.Rafael juga telah melepasi beberapa rekod yang ditinggalkan Patrick Cutrone, bekas pemain remaja sensasi Milan.

Setakat ini Rafael lebih selesa sebagai ‘game changer’ kepada Milan. Dia menjaringkan 5 gol dan 3 gol daripadanya ketika dia bermula dari simpanan. Ianya ketika bertemu Lecce, SPAL dan Juventus.Rafael Leao kini dianggap seorang lagi generasi baru kem P0rtugal. Tapi persa!ngan agak kuat juga, mereka memiliki beberapa option dibarisan depan seperti Joao Felix, Andre Silva, Goncalo Guedes, Fabio Silva dan Rafael sendiri.

‘Portuguese Mbappe’ ini kini perlu k0nsisten untuk meraih call-up pertama bagi Portugal. Dia belum pernah ber@ksi bersama skuad utama Portugal, sama seperti permata baru Porto, Fabio Silva.

sumber:Don K-Rul IZham

Dengan usia 21 tahun, dia sudah bermain di 3 division utama dari 5 liga utama dieropah. Mungkin terlalu awal untuk menilai bakat pemain ini tapi tak dinafikan dia sudah mula perlahan-lahan mempamerkan tar!ngnya untuk dikenali dunia.