Ubi Muda kelahiran Johor Ini Dipanggil

SECARA realitinya, bola sepak negara mempunyai ramai pemain muda berbakat yang perlu diberi perhatian.Kehadiran mereka mewarnai dunia bola sepak tanah air membuatkan kita boleh menarik nafas lega memandangkan pemain-pemain muda inilah yang akan membarisi skuad senior negara kelak dengan syarat bakat mereka terus digilap untuk ber@ksi di tahap lebih tinggi.

Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang akan berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020 membuktikan skuad remaja negara berada dalam kelompok terbaik Asia dan bagi pemain yang terpilih ia dianggap tiket untuk terus mencipta nama.

Antara yang mencvri tumpuan dalam skuad B-19 negara adalah Muhammad Umar Hakeem Suhar Rezwan yang kini berusia 18 tahun.Bekas Pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini dianggap penyrang berbisa selepas gol tunggalnya menew@skan Thailand tahun lalu telah membawa Malaysia ke pusingan final AFC.

Umar Hakeem p0s!tif dengan kehadiran pemain-pemain baharu dalam sesi kem latihan skuad B-19.Pemain kelahiran Batu Pahat, Johor ini mula aktif dalam sukan bola sepak pada usia 12 tahun.Dia juga pernah mewakili pertandingan di peringkat negeri ketika menuntut di Akademi Tunas Kulai.Bakatnya semakin terserlah ketika mambantu pasukan Malaysia meraih gelaran naib juara dalam aksi Piala Supermokh 2014.

Bekas anak buah Lim Teong Kim ini mempunyai karektor yang agak sensitif, namun dengan semangat yang ada, dia berjaya menyelit namanya sebaris dengan pemain-pemain muda hebat yang lain.Pemain Piala Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) ini juga antara watak utama membantu Malaysia muncul naib juara Kejohanan Bola Sepak Asean (AFF) tahun lalu.

Tempoh Perintah Kawalan Perger@kan (PKP) yang dilaksanakan Mac lalu berikutan penvlaran w@bak Covid-19 telah menyekat semua aktivit! sukan tanah air.Namun sinar baharu buat warga sukan negara apabila akhirnya diberi kebenaran untuk kembali menjalani latihan.

Ketua jurulatih B-19, Maloney memberi taklimat kepada pemain-pemain sebelum sesi latihan bermula.Umar Hakeem antara pemain bertuah yang kembali dipanggil ke kem latihan pusat skuad B-19 bermula 6 Julai lalu.

Sangat gembira kerana dapat kembali bersama pasukan dalam latihan Fasa Pertama ini selama tiga minggu.Apa yang penting sekarang adalah untuk mengembalikan kekuatan fizikal. Memang sebelum ini ada berlatih sendiri di rumah, tetapi ia tidak sama.

“Saya juga gembira berjumpa dengan kawan-kawan yang dan teringat kembali kejayaaan AFC (kelayakan) dan AFF tahun lalu.Namun saya ketepikannya dan fokus untuk layak Piala Dunia sahaja,” ujarnya.Menurut Umar Hakeem, kehadiran ramai pemain baharu yang dipanggil jurulatih Brad Maloney bagi sesi latihan ini merupakan sesuatu yang p0sitif.

Sebagai tonggak utama skuad B-19, Umar tetap tidak meletakkan keyakinan tinggi mengenai kedudukannya untuk ke Uzbekistan.Kedatangan pemain-pemain baharu merupakan satu yang p0sitif kerana kami akan bersaing merebut tempat kerana mereka yang dipanggil sudah tentu berkualiti.

sumber:mstar

“Bagi pemain sedia ada, jika tidak ada persaingan mereka akan menjadi lebih selesa… seterusnya apabila tiba pertandingan semangat atau kekuatan mentaliti sudah tidak ada,” tambah Umar Hakeem.Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 pasukan terbaik ke pusingan akhir ini apabila meraih slot selaku juara saingan kelayakan bagi Kumpulan G selepas menewaskan Thailand 1-0 pada perlawanan terakhir di Phnom Penh, Kemboja pada 10 November 2019.