Jual Enam Beli Satu

Chelsea dilaporkan bersedia menjual enam pemain musim panas ini bagi mencari dana mendapatkan bintang Bayer Leverkusen, Kai Havertz.

Skuad Blues dikaitkan dengan pemain berbakat besar, Havertz, yang dilaporkan dinilai £90 juta pound (RM480.55 juta) oleh Bayer Leverkusen.

Menurut The Daily Express, pertah@nan kiri Marcos Alonso antara pemain yang boleh meninggalkan Chelsea bersama Michy Batshuayi, Danny Drinkwater, Tiemoue Bakayoko, Kenedy dan Emerson Palmieri.

Alonso serta Emerson juga boleh meninggalkan kelab itu jika Chelsea mahu memperkvatkan pertah@nan kiri.

Batshuayi juga sudah tersisih daripada kesebelasan utama di Stamford Bridge manakala Drinkwater dan Bakayoko dipinjamkan ke Aston Villa serta Monaco.

sumber:BH

Kenedy yang dipinjamkan ke Getafe, juga boleh menyaksikan kariernya di Chelsea akan berakhir.

Havertz yang juga pemain antarabangsa Jerman, cemerlang bersama Leverkusen musim ini dengan merakam 17 bantuan gol dan sembilan jaringan dalam 43 perlawanan. – Agensi