Jangan Kutuk ,Dia Buat Bersebab

APA sudah jadi? Itu persoalan yang bermain dalam benak fikiran rata-rata peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong setia Perak selepas bekas penyrang sensasi negara, Khalid Jamlus menjual Kasut Emas miliknya dengan harga RM10,500 menerusi bidaan Jumaat lalu. Selain Kasut Emas yang diraihnya ketika muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Satu pada 2002, Khalid turut ‘melepaskan’ pelbagai barangan istimewa miliknya seperti jersi, medal, poster menerusi sesi bidaan yang disiarkan secara langsung di laman sosial Facebook peribadinya.

Tindakan mengejut Khalid itu yang pernah menyarung jersi Selangor, Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata mendapat pelbagai reaksi serta persepsi dalam kalangan peminat, pemimpin sukan termasuk bekas rakan-rakan sepasukannya. Bagi bekas kapten Perak, Ahmad Shahrul Azhar, beliau secara peribadi turut terkejut dengan apa yang berlaku ke atas rakan seperjuangannya itu memandangkan Khalid, 43, tidak pernah membuka sebarang cerita tentang masalah yang dihadapinya selama ini.Sebenarnya kita semua, malahan saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku terhadap Khalid ketika ini.

Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku, mungkin apa yang dibuatnya (melelong beberapa barangan peribadi termasuk Kasut Emas) bersebab. Jadi sebaiknya kita semua termasuk para peminat bola sepak tidak membuat sebarang andaian atau berprasangka buruk dengan apa yang dilakukan Khalid ketika ini, katanya kepada Sinar Harian semalam. Ahmad Shahrul berkata, tindakan Khalid melelong pelbagai barangan tersebut yang dianggap rare dan memiliki nilai sentimental berkemungkinan disebabkan bekas rakan sepasukannya itu tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak dua tahun lalu sehingga menjejaskan sumber pendapatannya.

Apa yang dapat saya katakan, mungkin sebab Khalid tidak ada kerja. Bila tak ada kerja macam mana nak meneruskan kelangsungan hidup. Dia juga ada tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak selain k0mitmen dengan pihak bank. Apabila dia bertindak menjual beberapa barangan peribadinya itu, saya percaya dia bukan mengemis meminta pertolongan daripada orang di luar sana. Mungkin itu caranya untuk terus surv!ve dalam keadaan negara kita diselubungi pandemik Covid-19 sejak Mac lalu, jelasnya.

Mengenali Khalid sebagai rakan sepasukan baik ketika menyarung jersi Perak mahupun Malaysia, Ahmad Shahrul memberitahu, bekas penggempvr berbisa Perak itu seorang pemain yang k0mited dengan tugasnya sebaik turun ke tengah padang. “Dari sisi bola sepak, Khalid seorang pemain yang baik dan hebat. Sepanjang kariernya, Khalid cukup profesional dan tahu dengan tanggungjawabnya sebagai seorang penyrang. Khalid boleh dianggap wira kepada pasukan. Dia juga ‘juara’ kepada pasukan. Dia boleh menyumbang sesuatu yang p0sitif kepada pasukan. Siapa yang kenal rapat dengannya, lebih tahu siapa itu Khalid, jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shahrul yang pernah memegang lilitan kapten skuad kebangsaan melahirkan rasa kecewa melihat kudrat bekas pemain yang pernah menabur bakti kepada pasukan yang diwakili sebelum ini seakan-akan dipandang sepi oleh sesetengah pihak.Kadang-kadang inilah nasib yang terpaksa dilalui oleh sesetengah pemain apabila mereka sudah bersara. Segala khidmat bakti yang mereka curahkan kepada pasukan selama ini seperti tak dihargai pihak persatuan.

sumber:SH

Apa salahnya jika pihak persatuan membantu bekas pemain yang selama ini melonjakkan nama pasukan. Ini bukan nak membantu tetapi langsung tak pandang jasa dan pengorbanan bekas pemain, ujarnya.