Dia Dilahirkan Untuk Jaring Gol- B Sathianathan

KUALA LUMPUR: Berita bekas peny3rang kebangsaan, Khalid Jamlus yang

didakwa terpaksa menjual Kasut Emas miliknya akibat masalah kewangan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM).Presiden PJBM, B Sathianathan mengakui pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa bekas peny3rang berbis@ Perak itu.

Namun, apa menjadi kebimbangan buat beliau adalah sekiranya masalah itu boleh menjadi punca Khalid berputus asa untuk meneruskan kerjaya sebagai jurulatih.Katanya, jika perkara itu berlaku, ia sudah pasti merugikan dan arena bola sepak negara akan kehilangan jurulatih muda berbakat.

“Khalid Jamlus satu nama besar dengan pernah mewakili Malaysia dan saya kasihan kerana kadang-kadang benda macam ini akan membuatkan seseorang itu putus asa. Dia seorang jurulatih muda, mungkin dia akan fikir tak nak teruskan bidang jurulatih dan beralih ke bidang lain.

“Bila jadi macam ini ia akan merugikan potensi dan pengalaman dia yang kita boleh gunakan dalam banyak aspek seperti dia boleh jadi jurulatih muda yang berbakat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD),” katanya kepada BH Sukan.Semalam, BH Online melaporkan Khalid terpaksa menjual trofi Kasut Emas yang diterima pada 2002 selepas meledak 17 gol dengan harga RM10,500 akibat masalah kewangan.

Mengulas lanjut, Sathianathan berkata Khalid yang pernah memikul tugas sebagai pembantu jurulatih bersama pasukan PDRM boleh datang ke PJBM sekiranya memerlukan apa-apa bantuan.

“Saya harap dia tak patah semangat. Secara peribadi saya memang nak bantu dia sebab dari muda saya kenal dia dan tahu perwatakan dia macam mana. Saya tahu apa yang dia boleh sumbangkan kepada bidang kejurulatihan dan dia ada potensi yang besar.

sumber : BH

Ketika pernah berada di bawah saya, dia seorang pemain yang tidak banyak cakap tapi cukup dedikasi. Dia pemain yang ada sentuhan luar biasa dan dia memang dilahirkan untuk menjaringkan gol, katanya.