City Rebah Terkulai

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mengakui skuad bimbingannya tidak boleh tewas lagi seperti ketika rebah 0-1 di Southampton hari ini jika mereka mahu merampas kejuaraan Liga Perdana daripada Liverpool musim depan.

City tewas buat kali kesembilan pada musim ini menerusi gol cantik Che Adams pada babak pertama di sebalik menguasai 74 peratus permainan dan 26 cubaan tepat ke gawang gol lawan.

Pemain beraksi dengan baik tetapi mengulangi apa yang sering dilakukan musim ini. Kami melakukan satu kesilapan dan lawan menghukvm kami.Kami tewas banyak perlawanan dan apabila anda tewas terlalu banyak, sukar bagi anda untuk memenangi Liga Perdana.

Kami perlu memperbaiki prestasi kerana ia berlaku banyak kali,” kata Guardiola.Empat hari selepas City membuktikan kemampuan mereka dengan menew@skan juara baru liga, Liverpool 4-0, kini mereka pula menerima nasib sama.

Kekalahan terbaharu City itu menyaksikan Reds kembali dengan kelebihan 23 mata di tangga teratas liga.Sementara itu Guardiola berkata, beliau tidak akan berbelanja besar membeli pemain baharu pada pintu perpindahan pemain dalam usaha merampas kembali kejuaraan liga.

sumber:HM

Tidak, ia tidak mungkin berlaku, kata Guardiola ketika ditanya adakah dengan mendapatkan pemain baharu akan menjadi kunci untuk mengubah nasib mereka pada musim depan.