Nani buat Kejutan

BEKAS bintang Manchester United, Nani menarik perhatian peminat dengan bentuk badan fizikal ketika pemain sayap Orlando City berusia 33 tahun itu melakukan persediaan untuk memulakan kembali kempen MLS di Disney World minggu depan.

Nani menayangkan bentuk badannya susulan transformasi dalam latihan kecergasan dan pengambilan makanan kesihatan.

Gambar bentuk badannya dikongsi bersama peminat di Instagram yang mendapat maklum balas pelbagai.

Bintang Portugal kelihatan tersenyum dan gembira meluangkan masa cutinya.

Dia yang memakai seluar pendek menunjukkan bentuk ‘six-pack’ di bahagian perut.

Kerja keras di gim terbalas dengan hasil bentuk badan menakjubkan dan nyata menggembirakan Nani.

sumber:HM

Dia dijangka kembali beraksi bersama Orlando City pada 9 Julai ini apabila musim liga MLS kembali bersambung di Disney World, Florida.