Kurang lebih 3 bulan dari sekarang, skuad kebangsaan Vietnam bakal berdepan perlawanan kelayakan Piala Dunia pertama mereka selepas saingan itu bersambung dan ia telah menimbulkan beberapa kerisauan dalam kepala Park Hang-seo.

Dipetik dari portal sukan Thethao247, menyatakan bahawa perlawanan bertemu Malaysia adalah perlawanan yang sangat penting bagi skuad kebangsaan Vietnam, dan mereka perlu mencatatkan keputusan yang baik bagi mencerahkan peluang ke pusingan kelayakan yang seterusnya.

Park Hang-seo berkongsi dengan media tempatan mengenai beberapa concern utama beliau apabila pasukan Vietnam akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Oktober 2020 serta memberitahu beliau memang memberikan fokus yang tinggi terhadap perlawanan itu.

“Bulan Oktober nanti, pasukan Vietnam akan bermain dengan Malaysia ditempat lawan dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022. Ini adalah perlawanan paling penting untuk pasukan Vietnam dan ada beberapa perkara yang membimbangkan saya.”

“Pertama, Malaysia ada 4 pemain naturalisasi dan baru-baru ini ada lagi pertambahan beberapa orang pemain.”

“Kedua, Stadium Nasional Bukit Jalil memuatkan lebih 80,000 penonton. Dengan keadaan stadium yang hampir tertutup itu, sorakan penonton akan menjadi sangat kuat. Ini akan membuatkan tekanan yang lebih kepada pemain-pemain Vietnam.”

“Kami pernah beraksi di stadium ini ketika kejohanan AFF 2018 dan kami tahu sangat bagaimana keadaannya.”

sumber: vocketfc

Ketika ini Malaysia dan Vietnam hanya dipisahkan dengan 2 mata dan sekiranya Malaysia menang keatas Vietnam, skuad Tan Cheng Hoe akan memintas Vietnam dengan kelebihan 1 mata menjelang matchday terakhir pada bulan November 2020.

Malaysia, kami selalu ada walau dimana berada,
Kami disini, terus menjadi ekor harimau sejati..Ooo..ooo..ooo