Mesut Ozil sekali lagi tidak tersenarai dalam skuad hari perlawnan Arsenal – tetapi peminat Gvnners merasakan ada yang tidak kena.

Menjelang pertemuan Piala FA dengan Sheffield United, sosial media Arsenal mendedahkan bintang Jerman itu tidak akan memainkan peranan.

Ozil dikatakan tidak mengikuti latihan pada Sabtu kerana keced3raan belakang, masalah yang sering berulang sepanjang tiga musim lalu.

Perancang itu, yang dikaitkan dengan perpindahan keluar sebaik kontraknya tamat, masih belum beraksi sejak liga bersambung pada 17 Jun.

Dia hanya tersenarai sebagai pemain simpanan dalam dua daripada empat perlawnan tetapi tidak dimasukkan.

Untuk seseorang yang tidak mempunyai tulang belakang, belakangnya pasti akan sering ced3ra, kata salah seorang peminat Gunners Atul Vechem.

Cukup-cukuplah berbohong, dia sudah merompak gaji Arsenal selama dua tahun, kata salah seorang peminat fanatik.

Awal minggu ini Chris Sutton melepaskan geram kepad Ozil.Saya langsung tidak bersimpati terhadap Arsenal. Saya kasihankan peminatnya, pada Arteta. Dia (Ozil) amat mengec3wakan.

Arteta menyelar sikapnya ketika latihan. Gajinya 350,000 pound (RM1.85 juta) seminggu. Dia cukup memalukan, dia perlu beri lebih kepada Arteta.

Sumber:BH

“Ozil seperti bau yang bvsuk dalam kelab. Dia adalah mimpi ngeri Arteta. Seorang yang menerima besar di kelab tetapi tidak komited.

“Ozil berhutang kepada Arsenal lebih besar daripada apa yang dia berikan,” kata Sutton, bekas pemain dan pengurus.