Lee Tuck Rasa Pelik

“Pelik tapi teruja,” kata kapten pasukan Terengganu FC (TFC), Lee Tuck.

Pemain berd@rah campuran Malaysia-England itu berkata demikian ketika ditanya reaksinya menjalani latihan dalam suasana norma baharu ketika negara masih lagi berdepan dengan penularan p@ndemik C0V!D-19.

Pemain Paling Popular Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 itu mengakui latihan berkenaan adalah penting buat masa ini untuk menjaga keselamatan semua pemain dan mereka yang terbabit bagi memastikan rantaian wabak pandemik itu dapat diputuskan dengan seberapa segera.

“Ya, saya sangat gembira kerana kami sudah menjalani latihan sebelum menyambung semula baki lapan perlawnan lagi dalam saingan Liga Super di samping aksi Piala Malaysia musim ini walaupun Piala FA dibatalkan.

“Lagipun kami sudah lama terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa pemulihan. Pada waktu itu saya tidak tahu bila kita akan bermula dan sampai bila PKP ini akan berakhir, ” kata Lee Tuck.

“Jadi saya cuma f0kus kepada latihan individu seperti berlari, berbasikal dan membuat latihan di taman dalam kawasan rumah. Namun kini dapat berlatih bersama rakan sepasukan, saya rasa terlalu gembira,”.

Skuad Penyu yang menghuni di tangga kelapan liga selepas mengumpul empat mata hasil tiga perlawnan memulakan latihan sejak pagi Isnin lalu bawah kendalian jurulatih Nafuzi Zain dan pembantunya, Subri Sulong dan Rosdi Talib selain jurulatih penjaga gol, Yazid Yassin di Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), di G0ng B@dak.