Posisi Azmeer Jadi Rebutan Empat Pemain Ini

Keputusan Azmeer Yusof berundur daripada mewakili Kedah semalam menerima pelbagai reaksi termasuk daripada pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak yang menganggap pemain itu memiliki komitmen tinggi dalam skuad Lang Merah.

Katanya, Azmeer adalah antara pemain yang sentiasa komited dalam menjalankan tugasnya di bahagian pertahanan sehingga menyukarkan pihak lawan melakukan ser@ngan ke gawang Kedah.

Saya fikir beliau adalah seorang pemain yang sentiasa berm0tivasi tinggi dan komited dalam menjalankan tugas terutama di bahagian pertahanan kiri. Setiap halangan yang dihadapi tidak dianggap negatif, malah beliau bijak dalam mencatur gerakan bagi mengekang as@kan.

Beliau juga antara pemain yang selalu merujuk kepada saya setiap kali membuat ‘homework’ sebelum berhadapan dengan pasukan lawan. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk usaha yang akan dilakukannya pada masa depan,” katanya.

Kelmarin, Azmeer melakukan kejutan apabila mengumumkan pengunduran daripada mewakili skuad Lang Merah musim ini atas faktor ingin memberi tumpuan kepada bidang perniagaan.

Pengumuman pemain berusia 30 tahun itu melalui akaun Instagram miliknya kira-kira jam 8 malam, sekali gus menjawab persoalan mengenai laporan seorang pemain utama Kedah memberi bayangan akan menamatkan kontraknya dua minggu lalu.

sumber:BH

Berdasarkan perjalanan kerjaya Azmeer dalam Liga Malaysia (Liga M), beliau adalah pemain yang memiliki pengalaman luas dalam liga tempatan sejak memulakan karier bola sepak secara profesional pada 2008.

Beliau memenangi dua piala bersama Kedah dengan menjuarai Piala Malaysia (2016) dan Piala FA (2019). Selain itu dia juga membantu Lang Merah menduduki tangga ketiga Liga Super selain layak ke separuh akhir Piala FA dan muncul naib juara Piala Malaysia pada 2019.Mungkin Aidil Sharin sudah mengetahui kehendak pemain ini sejak dari awal kerana kebiasaannya pemain akan memaklumkan kepada jurulatih mengenai keputusan mereka sebelum ianya diumumkan. Jadi, adakah Kedah sudah bersedia?

Mungkin agak sukar pada awalnya dengan situasi moral pasukan yang sangat terjejas akibat masalah tunggakan gaji yang memasuki lima bulan, namun, mereka perlu segera mendapatkan pemain yang benar-benar mampu ‘simen’ posisi tersebut.

Alif Yusof mungkin adalah nama pertama yang akan naik kerana sememangnya beliau adalah pengganti terus kepada Azmeer Yusof. Namun, dalam sesetengah situasi, Alif Yusof sebenarnya agak bermasalah untuk menjadikan posisi tersebut miliknya.

Oleh yang demikian, untuk sementara sebelum jendela perpindahan kembali dibuka, Kedah perlu memberikan peluang bukan sahaja kepada Alif Yusof, tetapi beberapa pemain lain untuk cuba mengambil alih posisi bek kiri tersebut secara tetap.

Norfiqrie Talib, Zulkhairi Zulkeply atau Shakir Hamzah

Seperti yang semua telah tahu, Norfiqrie Talib pernah seketika menampung ketiadaan Azmeer Yusof pada musim 2018 dan pemain yang kini berusia 24 tahun itu dilihat masih tidak segan mencuba untuk memecah masuk ke skuad utama sehingga kini.

Namun, posisi sebenarnya adalah bek kanan menjadikannya akan kurang menjadi di sebelah kiri. Begitu juga dengan anak kelahiran Pulau Pinang, Zulkhairi Zulkeply, yang merupakan pertahanan tengah tetapi mampu beraksi di bek kiri dan kanan.

Selain Alif Yusof yang merupakan bek kiri sejati, seorang lagi yang mungkin selama dua musim ini tidak dimainkan di posisinya adalah Shakir Hamzah. Dia lebih terkenal sebagai pertahanan tengah bersama Kedah – bergandingan bersama Renan Alves.

Mungkin sudah tiba masanya untuk Aidil Sharin mengembalikan Shakir Hamzah ke posisi tersebut bagi mengukuhkan pasukan. Ini kerana, untuk musim ini, mereka memiliki salah seorang pertahanan tengah muda terbaik negara, Irfan Zakaria.Banyak pilihan untuk ganti Shakir Hamzah

Kehadiran pertahanan tengah yang memenangi pingat perak di Sukan SEA 2017 bersama skuad B-23 negara itu memberikan lebih pilihan kepada Aidil Sharin, selain Loqman Hakim yang dinaikkan pangkat daripada skuad Piala Presiden.

Kedah masih memiliki pertahanan otai, Khairul Helmi Johari sebagai pemain backup, malah pemain tengah, Amirul Hisyam Awang Kechik juga boleh membantu di posisi itu, jika diperlukan. Zulkhairi Zulkeply juga merupakan seorang pertahanan tengah.

Irfan Zakaria sudah cukup bersedia untuk menggantikan Shakir Hamzah, jika pemain berusia 27 tahun itu diperlukan di posisi bek kiri dan beliau merupakan bek kiri yang suka untuk membuat overlap serta boleh dianggap sangat berkesan di depan gol.Jika hendak dibandingkan dengan Alif Yusof, Shakir Hamzah yang merupakan bek kiri skuad kebangsaan Singapura itu jauh lebih baik dan pilihan utama untuk diberikan peluang mengambil alih peranan yang ditinggalkan Azmeer Yusof pada ketika ini.

Siapakah penganti terbaik sebagai bek kiri Kedah selepas ketiadaan Azmeer Yusof? Jika Shakir Hamzah diberikan peranan itu, ia merupakan sesuatu yang baharu buat Kedah kerana beliau akan menjadi pemain import pertama bermain di posisi tersebut.Siapakah yang bakal dipertaruhkan sebagai bek kiri Kedah selepas ini? Hanya Aidil Sharin sahaja yang mengetahuinya. Apa kata penyokong Kedah? Adakah Kedah bakal melalui situasi seperti musim 2018, di mana tiada pemain tetap di posisi tersebut?