KEPUTUSAN sama ada kekal beraksi di Liga Malaysia (Liga-M) bersama Selangor atau memilih kelab Belgium, KV Kortrijk masih menjadi teka teki biarpun wujud spekulasi kononnya Luqman Hakim Shamsudin akan kekal di Malaysia.

Tindakan mengunci mulut penye rang muda sensasi negara itu kerana difahamkan masih di peringkat perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan kata putus mengenai hala tujunya akan diketahui pada minggu depan.

Begitupun, khabar angin yang mengaitkan Luqman akan kekal bersama skuad Red G!ants dipantau rapat oleh pengurus skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Datuk Kamarul Ariffin yang mengakui menyambut baik sekiranya benar Luqman mahu kekal di sini.

Malah, dengan saingan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan hanya akan berlangsung pada Oktober ini, keputusan terus kekal di Liga-M akan membolehkan dia menyertai latihan pasukan negara di sini.

“Saya mengikuti rapat perkembangan Luqman Hakim kerana dia tonggak kekuatan skuad B-19 Malaysia dan saya menyambut baik hasrat dia untuk kekal di sini sehingga habis kejohanan AFC B-19.

“Saya menyambut baik jika itu adalah keputusan daripada Luqman sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis santai bersama media.

Jelasnya lagi, sentvhan Luqman sememangnya diharapkan oleh skuad kendalian Brad Maloney bagi mengharungi kempen AFC B-19 yang turut menjadi medan membvru tiket ke Piala Dunia B-20 di Indonesia, tahun depan.

“Seperti kita maklum bola sepak adalah permainan berpasukan, tetapi dengan nama yang Luqman ada…dengan prestasi Luqman di dua kejohanan B-19 (Kejuaraan AFF B-18 dan Kelayakan AFC B-19) sebelum ini, dia adalah toggak kekuatan skuad B-19,” katanya.

sumber:HM

Untuk rekod, pada pusingan akhir di Uzbekistan itu nanti, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman.