Syarat Ini Sangat Ketat Untuk Luqman Hakim

BEBERAPA syarat ketat dikenakan kebanyakan negara Eropah dikenal pasti menjadi antara halangan utama kepada pemain tempatan untuk beraksi dalam saingan liga berprestij benua itu khasnya Liga Perdana Inggeris (EPL).Namun, di sebalik kekangan tersebut, Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata, jika pemain tempatan konsisten meningkatkan kualiti permainan dan sanggup melakukan perg0rbanan, peluang itu akan datang kepada mereka suatu hari nanti.

Sememangnya untuk beraksi di liga luar negara contohnya seperti EPL bukan mudah. Ini kerana kebanyakan liga meletakkan syarat hanya skuad kebangsaan dalam ranking 70 teratas dunia saja layak beraksi di kelab-kelab utama Eropah dan terbaharu saya difahamkan ranking 50 teratas.

Kita juga harus faham bahawa kelab-kelab besar seperti EPL mempunyai pendekatan mereka tersendiri dalam mencari pemain-pemain untuk mewakili kelab masing-masing.Kebiasaannya, kelab-kelab EPL ini akan mencari pemain-pemain mereka menerusi pencari bakat masing-masing dan bukannya wakil pemain atau ejen yang menawarkan pemain untuk beraksi dengan kelab berkenaan.

Lainlah jika seorang pemain itu dapat memasuki akademi kelab berkenaan, itu cerita lain. Tetapi ini kisah rekrut bermain untuk kelab yang beraksi di liga tertinggi, tentunya mereka akan melihat keseluruhan aspek sebelum merekrut seseorang pemain, katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada masa sama, Effendi Jagan memberitahu, biarpun berdepan sekatan tertentu, namun tiada yang mustahil untuk melihat pemain tempatan beraksi di Eropah khasnya liga berprestij seperti EPL.

Saya cadangkan pemain-pemain muda tempatan mulakan dulu beraksi dengan kelab kecil dalam liga bawahan seperti di Perancis, Belgium atau Belanda sebagai permulaan setelah menyerlah dalam liga domestik kita.

Selepas beberapa tahun beraksi dalam liga kecil Eropah dengan membentuk kematangan dalam permainan, bolehlah mohon permanent resident EU (Kesatuan Eropah) yang mana akan memberi lebih peluang beraksi dalam liga berprestij. Itu antara cara dilakukan pemain dari benua Afrika sebelum ini,”katanya.

Dalam pada itu, Effendi Jagan yang juga ejen berpengalaman menafikan krit!kan segelintir pihak bahawa pemain negara tidak mempunyai kualiti bersaing di benua Eropah.

Saya sangkal dakwaan jika ada pihak menyatakan Malaysia tidak mempunyai pemain berkualiti untuk dikembangkan di pentas kompetitif luar negara, apatah lagi selepas beberapa siri kejayaan membanggakan dilakar skuad muda negara.

Negara kita mempunyai ramai produk muda yang berpontensi menyerlah pada masa depan. Sebagai contoh yang nyata sekarang ialah Luqman Hakim (Shamsudin) yang dilaporkan menandatangani kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk.

Cumanya seseorang pemain itu perlu bijak mengunakan platform yang betul dalam menonjolkan diri mereka untuk bersaing sekiranya mendapat peluang beraksi bersama kelab di luar negara, jelasnya.