Pemain Arsenal Bakal Dihukvm

Matteo Guendouzi mencek!k Neal Maupay dan dijangka berdepan hukvman kerana melanggar peraturan baharu Liga Perdana Inggeris EPL.

Kedua-dua pemain berkenaan terbabit dengan pergaduhan sebaik tamat perlawanan yang menyaksikan Brighton melakar kemenangan 2-1 ke atas Arsenal, malam tadi.

Penyerang Perancis, Maupay sebelum itu terbabit dengan insiden kekasaran ke atas penjaga gol The Gunners, Bernd Leno sehingga pemain Jerman itu mengalami kecederaan yang serius.

Kecederaan itu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan Leno sempat memarahi bintang Brighton itu ketika dia diusung keluar.

Maupay dijulang sebagai wira Brighton apabila dia meledak gol kemenangan kelab itu pada masa kecede raan.

Sebaik wisel penamat dibunyikan, Guendouzi yang kelihatan marah bertengkar dengan Maupay sebelum mencekiknya.

Insiden berkenaan menyebabkan pemain kedua-dua pasukan berkumpul beramai-ramai – tindakan yang dianggap melanggar peraturan baharu liga yang diadakan secara tertutup.

Berdasarkan garis panduan baharu yang ditetapkan, pemain diberitahu untuk mengelak daripada melakukan prov0kasi secara beramai-ramai ke atas pihak lawan atau pegawai perlawanan bagi mematuhi penjarakan sosial.

Masih belum jelas bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas kedua-dua pasukan berkenaan atau mereka sekadar diberi amaran.

Selepas tamat perlawanan, Maupay mendedahkan dia memohon maaf kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta susulan insiden yang berlaku dengan Leno. – Agensi