Klon Messi Bakal Gegar Dunia

Baru 15 tahun. Luka Romero hampir membuat sejarah baru jika diturunkan ketika perlawanan RCD Mallorca menent@ng Villareal, tapi perkara itu tidak berlaku.

Luka berada dibangku simpanan pada perlawanan kelmarin susulan rekod menakjubkan beliau di akademi Mallorca.

Pemain yang mendapat jolokan ‘Messi Baru’ ini special. Dia ada 3 kerakyatan, Mexico, Argentina dan Sepanyol. Dia memilih Argentina sebab darah keturunan dia berasal dari negara latin itu.

Ayahnya juga footballer, tapi amatur. Pernah mewakili beberapa kelab amatur di Sepanyol dan Mexico.

Luka disambar Mallorca ketika berusia 10 tahun dan sejak itu dia merekodkan 230 gol dari 109 sahaja perlawanan. Bayangkanlah.

Dengan menggunakan kekuatan kaki kiri persis Lionel Messi, Luka amat mirip bintang dunia itu ketika usia belasan tahun dahulu.

Pada usia 15 tahun, jurulatih Mallorca Vicente Moreno telah memanggil beliau untuk menjalani latihan bersama skuad senior mereka, Mallorca beraksi di La Liga, liga top tier di Sepanyol kot.

Tapi bapaknya dah warning wartawan awal-awal, jangan ‘hype’ sangat anaknya sebab takut boleh jejaskan karier dia.

sumber: Don K-Rul IZham

‘Dia terlalu muda untuk dibandingkan dengan Leo’ – kata bapaknya.

Kita tulis sini dulu, mana tau satu hari, nama LUKA ROMERO bakal berada dipuncak dunia.