Sah Ubi Muda Di Ikat Kelab Eropah

Berita bola sepak berkaitan pemain muda Malaysia di eropah kembali h@ngat malam ini apabila seorang pemain remaja, Allee Putra secara rasmi diumumkan sebagai pemain akademi bola sepak antarabangsa FC Malaga City di Sepanyol.

Perkembangan terbaru mengenai pemain itu telah dibuat secara rasmi melalui laman sosial Twitter akademi yang berpangkalan di Malaga yang memfokuskan kepada pembangunan pemain muda, dimana mereka memiliki 2 buah skuad dalam kategori pembangunan – U19 dan U21.

Skuad U19 akademi ini adalah sebuah pasukan yang mengumpulkan pemain-pemain muda dari pelbagai negara dan banyak mengatur perlawanan dengan akademi profesional dengan kekerapan yang tinggi.

Skuad U23 pula adalah platform yang menyediakan transition dari bola sepak remaja kepada senior dan dikatakan sesuai untuk pemain menyesuaikan diri baik dari segi fizikal serta permainan.Akademi bola sepak antarabangsa ini juga mempunyai pasukan seniornya sendiri yang dikenali dengan nama Almunecar City FC dan berdasarkan pemerhatian kami, skuad ini sedang beraksi dalam saingan Andaluza Primera Division iaitu liga bola sepak divisyen 6 di Sepanyol.

Untuk makluman, akademi ini tiada kena mengena dengan pasukan La Liga Iaitu Malaga CF dan mungkin ramai yang salah faham berkenaan perkara ini. Kedua-dua identiti adalah berlainan diantara satu sama lain.Walaubagaimanapun, akademi FC Malaga City ini menyediakan pelbagai fasiliti bola sepak selain kemudahan pembelajaran dengan yuran yang telah ditetapkan.

Dengan perkembangan ini juga diharapkan Allee Putra mampu untuk membuka minda pemain-pemain muda dan senior lain untuk lebih berani berhijrah serta membuktikan bahawa pemain Malaysia juga mampu memberikan saingan di eropah khususnya.