Doakan Luqman

Bintang s3nsasi muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin memohon doa seluruh rakyat Malaysia khususnya dari kalangan peminat bola sepak agar perjalanan beliau ke Eropah dipermudahkan.

Luqman Hakim mencipta sejarah apabila bakal menjadi pemain pertama negara beraksi di Jupiler Pro League, iaitu saingan liga tertinggi Belgium bersama KV Kortrijk.

Berdasarkan perancangan awal, Luqman sepatutnya menyertai KV Kortrijk pada Mac lalu.

Namun penularan wab@k global yang melanda dunia dan sekatan perjalanan dalam dan luar negara memaksa pemain itu menangguhkan niat tersebut.

Luqman kemudiannya dilaporkan menyertai Selangor II dalam usaha beliau mengekalkan kec3rgasan. Namun situasi di dalam negara juga tidak membantu apabila pertandingan bola sepak di dalam negara turut terjejas ekoran penularan tersebut.

Baru-baru ini Luqman mengakui KV Kortrijk sudah memanggil beliau untuk menyertai latihan yang sudah dimulakan kembali di negara tersebut.

Memang KV Kortrijk sudah panggil. Cuma saya tunggu kerajaan umum kebenaran terbang ke luar negara.

Alhamdulillah, kerajaan sudah umum mengenainya hari ini (semalam),katanya kepada BH Sukan beberapa hari lalu.

Selepas dilaporkan turut menarik minat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Luqman turut telah melantik sebuah agensi berperngkalan di London yang akan bertindak selaku ejen dalam mengatur perjalanan kariernya selepas ini.

Dalam satu video ringkas yang dikongsikan oleh laman Facebook Pemain ke-12, Luqman memohon agar rakyat Malaysia mempermudahkan perjalanannya ke Eropah selepas ini.

Sumber dari Pemain ke-12 yang sempat kami hubungi berkata Luqman akan bertolak ke Eropah sejurus selepas perkara berkaitan kontrak dengan Selangor FA selesai, dan mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk penerbangan antarabangsa.

Produk keluaran Akademi Mokhtar Dahari (AMD) ini mencvri tumpuan dengan prestasinya sejak di Kejohanan AFC B-16 pada 2017, dan AFF B-18 pada 2019.

Dalam aksi peringkat kumpulan, Malaysia meng3jutkan Australia 3-0, dan Luqman turut menyumbang dua gol dalam perlawanan tersebut.

Pemain kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini turut berada di dalam senarai 60 pemain muda terbaik dunia The Guardian pada 2019 dan NxGn 2020 oleh Goal sebagai 50 ‘wonder kid’ yang wajar diberikan perhatian dunia.

Buat Luqman Hakin, selamat maju jaya kami ucapkan. Jangan pandang belakang, jalan terus bro!