Penyokong JDT Terima Habuan

JOHOR BAHRU: Langkah kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim yang akan memberikan pas bermusim secara percuma pada saingan Liga Malaysia musim 2021 disambut baik penyokong H@rimau Selatan.

Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT), Azman Jalil berkata, apa yang dilakukan pengurusan tertinggi JDT di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuktikan betapa kelab berkenaan begitu menghargai sokongan penyokong.

Katanya, dengan saingan Liga M tertangguh akibat pandemik COV!D-19 sejak 18 Mac lalu yang mengakibatkan semua perlawnan ditangguhkan, menyaksikan penyokong tidak dapat hadir ke stadium.

“Walaupun saingan Liga Super dan Liga Perdana kemungkinan akan disambung pada Oktober ini, status sama ada penyokong boleh hadir ke stadium atau tidak bergantvng kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara.

Lebih 4,500 penyokong memiliki pas bermusim membabitkan tempat duduk ‘grandstand’ dan terbuka sudah pasti kecewa kerana tidak dapat menggunakan pas bermusim pada musim ini.

Namun berita kelab akan memberi percuma tanpa sebarang bayaran kepada pemegang pas bermusim pada musim ini jelas membuktikan keprihatihan kelab itu terhadap penyokong JDT.

“Kami sebagai penyokong berterima kasih kepadaTunku Ismail yang begitu prihatin terhadap penyokong JDT dan sememangnya berita ini amat dinantikan penyokong, katanya.

Kelmarin, menerusi laman rasmi JDT, Johor Southern T!gers mengumumkan setiap pemegang pas bermusim kelab berkenaan secara automatik akan memiliki pas percuma pada musim depan.

Menurut kenyataan itu, pada musim depan tiada jersi baharu disediakan untuk pemegang pas bermusim, bagaimanapun mereka boleh membeli jersi baharu dengan tawaran diskaun 10 peratus.

Sebagai rekod, pas bermusim dibahagikan kepada dua kategori iaitu RM400 hingga RM800 untuk tempat duduk terbuka manakala RM1,200 hingga RM1,500 bagi tempat duduk grandstand di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.