Dah Tak Tahan-Safawi

KUALA LUMPUR: Selepas hampir tiga bulan tanpa sebarang aksi kompetitif, striker Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampak sudah gatal kaki untuk beraksi semula.

Bagaimanapun, hasrat itu hanya dapat dipendam kerana dia perlu terus menunggu tiga bulan lagi selepas aksi Liga Malaysia (Liga M) hanya akan diteruskan pada awal September ini.

Perkongsian penyerang kebangsaan itu menerusi akaun Instagram miliknya, bola sepak jelas menjadi perkara yang paling dirinduinya dengan dia tampak seakan tidak sabar untuk kembali beraksi.

Rindu Tiada Ubat, katanya yang turut menyertakan dua keping gambarnya pada kemaskini terbabit.

Sekeping gambar memaparkan dia menyarung jersi skuad JDT sementara satu lagi memaparkan dia menyarung jersi Malaysia.

Setakat jam 6.30 petang, kemaskini terbabit mendapat lebih 50,000 tanda suka dan lebih 200 komen daripada peminatnya.