Selamat Datang Ke Liga Malaysia

Bekas bintang Manchester City, Yaya Toure kini sedang intai peluang untuk beraksi dalam liga sekitar Asia Tenggara sebelum beliau mengambil keputusan untuk gantvng but.CEO agensi Harcus Consultancy Group, Richard Harcus mengesahkan perkembangan tersebut melalui laporan dalam Goal.com sambil menegaskan Yaya Toure sangat berminat untuk menimba pengalaman beraksi di negara Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia, Vietnam dan Indonesia.

Saya ingin bercakap dengan semua orang di sini, kami gembira dapat bekerjasama dengan Yaya Touré untuk rantau ASEAN (Asia Tenggara) dan membantu rakan-rakannya yang lain, di mana kami boleh memastikan khidmatnya terus diperlukan.Bukan rahsia lagi bahawa Yaya Touré adalah legenda dalam bola sepak dunia dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Kami berharap dapat membantu mengembangkan bakatnya di rantau ASEAN baik di dalam maupun di luar padang.

Ini bermula dengan keinginannya mengekalkan karier di Asia. Dia baru sahaja menamatkan kontraknya di China dan kami lebih suka mengekalkannya di sini dengan membantu menjadikannya sebuah kelab di mana peminat Asia dapat terus menonton aksinya, kata Richard Harcus.

Yaya Toure sebelum ini menandatangani kontrak dengan kelab divisyen 2 Liga China, Qingdao Huanghai pada bulan julai tahun lepas. Pemain yang berusia 37 tahun itu tidak mempunyai pasukan sejak meninggalkan kelab itu pada Januari lepas.Sepanjang beraksi dengan Qingdao Huanghai, Toure hanya menjaringkan 2 gol dalam 14 penampilan.

Beliau yang pernah menerima empat Anugerah Pemain Afrika Terbaik Tahunan mempunyai pengalaman beraksi dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan AS Monaco. Malah, beliau mempunyai 101 kaps dengan skuad kebangsaan Ivory Coast dan menjaringkan 19 gol di pentas antarabangsa.Kelebihan fizikal yang dimiliki olehnya pasti menjadi idaman pasukan Liga Malaysia untuk memperkuatkan bahagian pertahanan. Bagaimanapun setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan mana-mana pasukan tempatan.Namun, sumber dari negara seberang mendedahkan terdapat beberapa kelab Liga 1 Indonesia turut buru khidmat Yaya Toure bagi mengharungi baki perlawanan yang akan datang.