Ini Sahaja Yang Mampu- Tan Cheng Hoe

PENGENDALI kebangsaan, Tan Cheng Hoe sedia menjadikan pasukan Liga Malaysia (Liga M) sebagai ‘sparring partner‘ bagi mengasah tar!ng skuad kendaliannya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober ini.

Menurut Cheng Hoe, ia antara jalan penyelesaian terbaik buat skuad Malaysia seandainya usaha untuk mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan kebangsaan terutamanya dari rantau Asia Barat atau Asia Tenggara gagal.

Katanya, beliau memahami dan menerima keputusan beberapa buah negara yang enggan membenarkan aksi bola sepak dilangsungkan ekoran pand3mik Cov!d-19 yang m3landa dunia ketika ini.

Kita perlu terima bukan semua negara membenarkan aktiviti bola sepak buat masa ini. Tapi dalam masa sama kita juga kena merancang sebagai persediaan sekiranya pertandingan kelayakan Piala Dunia diteruskan oleh AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) pada Oktober nanti.

Saya dimaklumkan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sedang berusaha untuk mendapatkan perlawanan persahabatan dengan negara luar, ia usaha terbaik yang kita sedang lakukan.

Tetapi jika tak dapat juga, ia mungkin kita kena fikirkan persiapan dengan menentang pasukan tempatan (Liga M) sebagai pilihan. Perlawanan seperti itu penting bagi mengembalikan keserasian pemain yang sudah lama tak beraksi bersama sejak November tahun lalu, katanya kepada Arena Metro.

Ditanya pasukan manakah yang sesuai untuk menguji skuad negara, beliau memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu namun tidak menolak kemungkinan dari Liga Super.

Biarkan dulu sebab masih terlalu awal. Tapi sudah tentu kita mahu cari pasukan yang boleh bagi t3ntangan sengit supaya pemain lebih bersedia apabila perlawanan sebenar nanti, katanya.