Retak menanti Belah,Renan Alves Bengang

RETAK menanti belah. Itu perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan dengan kemelut yang sedang dihadapi oleh juara Piala FA musim lalu, Kedah apabila beberapa pemain difahamkan bakal ‘mengangkat kaki’ meninggalkan pasukan.Paling mencvri tumpuan sudah tentunya kenyataan tonggak import dari Brazil, Renan Alves yang secara tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia Helang Merah yang kebiasannya diungkapkan oleh pemain untuk meninggalkan pasukan.

Alves, 27, yang beraksi di posisi pertah@nan tengah turut meluahkan rasa kecewanya dengan janji demi janji yang ditaburkan oleh pengurusan pasukan Kedah.Dah penat dengan janji, sudah tiba masanya untuk teruskan kehidupan. Moga tuhan merahmati, katanya yang berjaya membentuk barisan pertahanan yang cukup mantap di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.Keluhan kekec3waan Alves itu mungkin berpunca dengan masalah tunggakan gaji yang masih gagal dilunaskan oleh Persatuan Bolasepak Kedah sejak Februari lalu.

Meskipun KFA sudah menjelaskan hampir 60 peratus bagi gaji bulan Februari, namun baki 40 peratus serta gaji penuh bulan Mac dan April terus menjadi tanda tanya buat pemain Kedah.Malah sehari sebelum sambutan Aidilfitri lalu, Arena Metro turut mendedahkan luahan pemain yang dibuat secara ‘berjemaah’ dalam laman sosial masing-masing mempertikaikan janji KFA untuk menyelesaikan gaji mereka.

Sekiranya benar Alves bakal meninggalkan pasukan, ia akan memberi tamparan hebat buat Aidil dalam menyediakan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia yang dijangka bersambung pada September ini selepas ditangguh sejak Mac lalu ekoran pandemik Covid-19.