Anak Rivaldo, Rivaldinho Dalam Radar Di Liga M

Anak kepada lagenda skuad kebangsaan Brazil, Rivaldo iaitu Rivaldinho menunggu tawaran daripada pasukan yang beraksi di beberapa liga utama Asia, termasuk Liga Malaysia.Sebelum ini, Rivaldinho menolak tawaran daripada kelab Vietnam, Ho Chi Minh City FC meskipun pihak kelab menawarkan gaji lumayan iaitu sebanyak $500 Ribu atu RM2.1 Juta setahun.Menurut ejen dari Thailand, Traisit Thongdang yang menjadi wakil kepada Rivaldinho, klien beliau enggan beraksi di Vietnam dan menunggu tawaran daripada liga utama lain di Asia.Rivaldinho tidak mahu beraksi di Vietnam kerana beliau kini berada pada fasa pembangunan dalam kariernya.

Akan tetapi, beliau sedia untuk mempertimbangkan tawaran yang datang daripada kelab Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan juga Thailand. Vietnam bukanlah pilihan utamanya, kata ejen tersebut.

Back. 🔋⏳ @ViitorulFC pic.twitter.com/F8ICFm2iDQ

— Rivaldinho (@9rivaldinho) May 18, 2020

Setakat ini, karier pemain berusia 25 tahun itu tidak sehebat ayahnya dimana beliau banyak beraksi bersama pasukan kurang ternama.Rivaldinho pernah beraksi di saingan Liga Brazil, Romania dan Bulgaria. Akan tetapi, beliau gagal untuk menyinar ketika beraksi di tiga negara ini.