Kalau Macam Ni baik tak sambung

KUANTAN: Teka teki saingan Liga Malaysia musim ini dilihat masih belum terjawab sama ada dapat diteruskan atau sebaliknya sekali gus penantian berkenaan suatu penyeksaan buat pemain.Rata-rata pemain berbeza pendapat, ada yang ingin melihat baki saingan tempatan itu diteruskan dan tidak kurang juga yang tidak berminat lagi meneruskan aksi musim ini.

Bekas pemain kebangsaan, R Gopinathan yang kini menyarung jersi Pahang berkata, jangka masa yang terlalu singkat mungkin tidak sesuai untuk saingan Liga M diteruskan. Kalau setakat hanya sempat bermain tujuh perlawanan selepas Liga M dimulakan selepas ini, saya berpendapat lebih baik saingan bola sepak musim ini ditamatkan sahaja. “Langkah berkenaan juga bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pemain, pegawai dan penonton yang terbabit pada setiap perlawanan,” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, penyerang lincah Kedah Azamuddin Akil berpendapat sekiranya keadaan C0VID-19 semakin pulih, Liga M perlu diteruskan.Liga Jerman kini sudah diteruskan dan Liga M boleh mengikutnya sambil mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa,” katanya yang terpaksa menyambut Aidilfitri di Alor Setar, Kedah.