“Indah Khabar dari rupa” – Pemain Kedah luah kekecewaan

“Indah khabar dari rupa”

“hahahhahaha emm luppp lagii”

“Klw ckp btoi2 kn snang,x ada owg nk salah phm”

Berikut adalah luahan pemain-pemain Kedah FA yang ditulis pada ‘insta-story’ mereka yang jelas melihat kepada kekecewaan melalui ayat yang dipaparkan oleh mereka. Pasukan Kedah FA yang dlihat bagai dibadai ombak tinggi ini dengan pemulaaannya terpalit dengan isu kelewatan gaji dan juga kehilangan Presiden KFA, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, kini belum reda konflik terdahulu hadir lagi beberapa isu baru.

Apa yang penulis dapat rumuskan daripada kekecewaan yang mereka paparkan adalah berkemungkinan berkaitan dengan gaji yang perlu dilunaskan sebelum menjelang Aidilfitri tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak pengurusan. Berikut adalah penulisan yang dilhat dari beberapa pemain.

 

 

 

 

 

 

Juara FA 2019 dan finalis Piala Malaysia 2019 ini dilihat amat tergugat hari demi hari selepas Kempen Liga Malaysia yang terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi menggelakkan penularan W@bak COVID-19 yang bermula 18 Mac yang lalu.

Adakah Pasukan Lang Merah bakal terkubur jika berturusan begini? dan siapakah harus dipersalahkan?. Penulis berharap isu ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana hari ini merupakan hari terakhir Ramadan.