Dituduhan Berlagak Bintang

Badhri Radzi pastinya boleh diangkat sebagai kapten paling berjaya dalam sejarah bolasepak Kelantan.Tahun 2008 – 2014 telah menjadi saksi kepada kegemilangan pemain ini sebagai salah seorang jeneral tengah terbaik bolasepak tanah air, sehingga pernah dinobatkan Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia pada satu ketika.Tetapi pada era gemilangnya sekalipun, Badhri atau Piya tidak pernah lari dari kr!tikan dan kecaman penyokong meskipun bermain buruk hanya dalam satu dua perlawnan daripada puluhan perlawnan.

Itulah yang berlaku pada 2011, tahun pertama Kelantan menjulang Liga Super, yang diimbau dalam segmen retro kali ini.Semuanya gara-gara aksi hambar dan kurang bertenaga dalam beberapa perlawnan, termasuk ketika Kelantan mengalami kekalahan kedua musim itu, tewas 3-4 kepada T-Team di Kuala Terengganu sehingga memaksa pengendali Datuk M.Karathu merehatkannya.Lebih malang, aksi buruknya dikaitkan dengan tuduhan berlagak bintang, main perempuan dan jual perlawanan.Saya ni macam pemain lain juga, ada time jadi, ada time tak menjadi. Biasalah semua pemain tak selalu top form, dan sebagai kapten, saya kecewa lah, masa tak menjadi, macam2 orang tuduh.. tidur lewat lah, main tino perempuan lah, jual game lah tapi saya jadikan itu semua sebgai dorongan untuk main lebih baik dan buktikan saya bukan seperti apa mereka cakap.

Saya tahu penyokong ni sayang team kelate, sayang kat saya, tapi bila prestasi down janganlah tuduh bukan-bukan, ini akan menjejaskan tanggapan orang terhadap saya, terhadap pasukan. Bila menang, tidur pukul 5 ke, tak tidur langsung ke takda orang nak kisah pun, luahan Piya ketika itu yang disiarkan suarasukan1mas.Tanpa Piya, Kelantan menewaskan Felda United 6-0 selepas itu tetapi kemudiannya tewas kali ketiga, 0-4 kepada Perak di Ipoh.

Piya kembali ke dalam skuad dengan lebih ‘fresh’ dan menutup mulut pengkritik dengan aksi mengagumkan, apabila menjaringkan hattrik pada perlawnan menentang Perlis di Kangar, di mana Kelantan menang 5-1.Piya nyata lega, apabila menemui semula sentuhan berbisanya selepas sekian lama tidak berada di prestasi terbaik dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kata semangat kepadanya.Saya tak pernah anggap saya ni bintang, saya hanya jalankan tanggungjawab saya sebagai kapten dan pemain. Saya gembira rakan-rakan, jurulatih selalu bagi sokongan, kita ni jadual agak padat, ketat, kita penat, apabila sudah dapat rehat secukupnya, saya kembali ke prestasi asal, memang kita nak lakukan yang terbaik dalam setiap perlawnan, itu azam kami, dan insyaallah kejayaan ini akan berterusan selepas ini, tambahnya.

Sejarah kemudian tercipta pada tahun itu, Piya menjadi kapten pertama Kelantan menjulang trofi Liga Super, merampas kejuaraan yang dipegang Selangor selama dua musim.

Sumber:labolmalaya