Nampak Ada Sinar Keceriaan Sebelum Raya Aidilfitri

Kedah bayar hutang pemain RM500,000, jumlah RM1.5 juta akan dibayar sebelum rayaSetiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Md Aris mengesahkan pihak pengurusan pasukan sudah membayar sebanyak RM500,000 tunggakan gaji pemain, manakala RM1.5 juta telah diluluskan untuk dibayar pada minggu ini, iaitu sebelum hari raya Aidilfitri.Pembayaran dan kelulusan tersebut dibuat sebelum kerajaan bertukar pentadbiran pada minggu ini.

“Kami telah lunaskan RM500,000. Pada hari yang sama menteri besar juga meluluskan peruntukan RM1.5j untuk melangsaikan hutang gaji kepada pemain,” katanya kepada Astro Arena.Saya usulkannya kepada presiden KFA dan ia telah diluluskan.Jadi terpulang kepada kerajaan baharu negeri kerana mereka kena bayar sebab ia telah diluluskan. Walaubagaimanapun, pembayaran gaji itu tidak melibatkan bulan April dan bulan Mei.

Saya minta ia diselesaikan sebelum raya, cuma jumlah RM1.5j itu mungkin mengambil sedikit masa berkenaan prosesnya.Jadi pengurusan lama telah menyelesaikan tunggakan sebelum ini.”Asmirul dijangka mengumumkan peletakan jawatannya pada minggu ini.