Safee masih berpeluang

HASRAT Safee Sali untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan disifatkan sebagai satu petanda positif terhadap perkembangan bola sepak negara.Menurut pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, semangat pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010 itu secara tidak langsung menjadi cabaran kepada pemain lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

Secara peribadi saya menyambut baik hasrat Safee untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan. Seperti biasa saya dan barisan kejurulatihan skuad negara akan memantau perkembangan semasa tidak hanya Safee tetapi juga pemain-pemain lain.Dari segi pengalaman ia adalah satu bonus kepada Safee. Tetapi seperti pemain lain, Safee perlu membuktikan keupayaannya untuk merebut kembali slot dalam skuad H@rimau Malaya, katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Safee, 36, menyatakan hasrat untuk menyarung kembali menyarung jersi skuad H@rimau Malaya yang kini dalam misi untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.Mengulas lanjut, Cheng Hoe menegaskan, dengan penangguhan Liga Malaysia Liga-M sejak 16 Mac lalu, ia bakal menjadi cabaran kepada Safee untuk kembali memperkasa skuad H@rimau Malaya.

Kita tahu Safee sebelum ini seorang pemain yang tajam dalam tindakan penyudahnya di depan gol dan dia dianggap antara penye rang terbaik pernah dimiliki skuad kebangsaan.Cumanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini Safee kurang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan yang diwakilinya sehingga menyebabkan jumlah jaringannya berkurangan.Cabaran untuk Safee pada ketika ini adalah untuk membuktikan ketajaman penyudahnya apabila saingan liga kembali bersambung nanti, jelas Cheng Hoe.