Pasukan Lain Pun P0wer

SELAIN PASUKAN JDT, BAGAIMANA PRESTASI ‘POWERHOUSE’ YANG LAIN? (2015 ke 2020)Jika contoh format kiraan mata diguna-pakai. Point digunakan untuk dapatkan 1 pasukan pilihanJDT adalah pasukan paling dominan dan konsisten sejak 5 musim terakhir, tapi bagaimana pula pasukan-pasukan lain dalam Liga M? terutama dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia?Sifarnya kita permudahkan. Untuk Liga Super, pengiraan contoh,

JUARA – 20 mata
N. JUARA – 10 mata
Tempat Ke-3 – 3 mata

Tapi topik kita adalah mencari pasukan ‘selain JDT’ kan.

DI LIGA SUPER,Bermula 2014, JDT mula ‘conquer’ Liga Super. Tapi untuk statistik 5 tahun kebelakang, ada 4 pasukan pernah bergilir-gilir muncul pemenang tempat ke-2. Kiraan bermula start musim 2015 dan keatas.

Pahang 2x 2017 dan 2019Selangor 1x 2015Felda United 1x 2016Perak 1x 2018

Untuk ‘top 3’, Pahang dan Selangor masing-masing mencatat 2x dalam kedudukan 3 pasukan terbaik 2015,2019. Felda juga mencatat 2 kali (2016,2017).Perak dan Kedah masing-masing mencatat 1x. Tahun 2016 dan 2018.Jadi jawapan kepada pemenang adalah Pahang FA dengan kiraan (26 mata) diikuti Selangor dan Felda mengumpul 16 mata. Perak (13 mata) dan Kedah 3 mata.

Pilihan Terbaik – Pahang FA (26 mata)

DI PIALA FA,

Pengiraan Piala FA dan Piala Malaysia kita rangkumkan.

JUARA – 20 mata
N. JUARA – 10 mata
Semifinalist – 3 mata

Sejak 2015, ada 3 pasukan pernah muncul juara dari 5 edisi terakhir selain JDT (juara 2016).

Kedah 2x (2017 dan 2019)
Pahang 1x (2018)
LionsXII 1x (2015)

Untuk slot naib juara pula, terdapat 5 pasukan berbeza setiap musim.

2015 – Kelantan
2016 – PKNS
2017 – Pahang
2018 – Selangor
2019 – Perak

Bagaimana pula ‘last 4’ dalam kejohanan peringkat kalah-mati ini?Dari statistik 5 musim terakhir ini, ada 11 pasukan yang dapat capai slot separuh akhir. 4 pasukan kelab dan 7 pasukan negeri.

Pahang 4x
(2015,2017,2018,2019)

Kedah 3x
(2016,2017,2019)

Terengganu 2x
(2015,2017)

PKNS 2x
(2016,2018)

Perak 2x
(2016,2019)

Selangor 1x (2018)
Negeri Sembilan 1x (2017)
PKNP 1x (2018)
Kelantan 1x (2015)
LionsXII 1x (2015)
Felda United 1x (2019)

Jadi jawapannya Kedah (43 mata) diikuti Pahang (36 mata) dan LionsXII (20 mata).

Pilihan Terbaik – Kedah FA (43 mata)

DI PIALA MALAYSIA,

5 musim terakhir, JDT adalah juara 2 edisi iaitu 2017 dan 2019. Sejak 2015 pula, hanya 3 pasukan selain JDT pernah muncul juara.

Selangor – 2015
Kedah – 2016
Perak – 2018

Untuk slot naib johan kejohanan pula, hanya ada 3 pasukan dalam 5 musim terakhir.

Kedah 3x (2015,2017,2019)
Selangor 1x (2016)
Terengganu 1x (2018)

Bagi semifinalist, ni catatan

2015 (Selangor, Kedah, Pahang, Felda)
2016 (Kedah, Selangor, PDRM, T-Team)
2017 (JDT, Kedah, Perak, Felda)
2018 (Perak, Terengganu, JDT, Sabah)
2019 (JDT, Kedah, Pahang, Selangor)

Jadi jawapannya adalah Kedah FA (50 mata) diikuti Selangor (33 mata) dan Perak (23 mata).

Pilihan Terbaik – Kedah FA (50 mata)

KESIMPULAN

Jika dihitungkan kiraan ‘points’ dari 3 kejohanan utama ini tidak termasuk Piala Sumbangsih adalah,

Kedah – 96 mata
Pahang – 68 mata
Selangor – 62 mata

Kedah berada dilandasan yang betul untuk terus memberi cabaran, malangnya musim 2020 dicemari isu gaji pula, harap diselesaikan secepat mungkin.Selain Kedah, pasukan seperti Pahang dan Selangor juga konsisten. Pahang memang rivals terkuat untuk JDT sejak 2013 ke 2020 ni. Kedah dan Selangor lebih ‘pakar’ dalam kejohanan kalah-mati.Jadi berapa pula points pasukan JDT?, JDT telah mengumpul 163 mata secara keseluruhan, tidak dapat dinafikan mereka memang berhak diposisi pertama untuk kiraan 5 musim terakhir ini.

sumber: Don K-Rul IZham