Tiada Kuasa Benar Atau Sekat Berlatih

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia menegaskan tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menyekat mana-mana pasukan yang mahu mengadakan latihan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan segala kelulusan hanya boleh dibuat oleh kerajaan menerusi kementerian atau agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara .Bukan hak MFL nak pasukan memohon dengan MFL (untuk berlatih). ini semua di bawah MKN dan juga kerajaan. Kami hanya hantar garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan kepada semua pasukan semasa PKP.

Ketika ini PKPB, namun masih lagi tidak boleh menjalani latihan dan sebagainya. Itu semua kelulusan dari kerajaan, bukan MFL, katanya ketika diminta mengulas mengenai perancangan Selangor untuk mengadakan program latihan bermula bulan depan.Jurulatih Selangor, B Sathianathan sebelum ini menjelaskan pihaknya sudah merancang program latihan buat skuad Red Giants mengikut segala prosedur operasi standard  yang diberikan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19.

Mengulas lanjut, Ab Ghani berkata beliau melihat apa yang cuba dilakukan Selangor itu lebih kepada perancangan awal sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti sukan bola sepak selepas ini.Selangor hanya merancang, mereka pun melihat kepada keadaan semasa. Mana tahu kerajaan umumkan sukan bola sepak dibenarkan Jun nanti. Maknanya perancangan mereka itu jadi tepat dan mereka boleh bersedia lebih awal.Maknanya, pasukan lain baru nak merancang Jun, tapi mereka sudah boleh turun latihan.Semua pasukan hari ini perlu merancang awal. Kalau kata September boleh mula liga, maknanya Selangor sudah bersedia dengan pemain mereka dan itu satu perancangan yang bagus juga, katanya.