Tocang Naik Tocang

PEMAIN pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli yang terlepas dua perlawnan terakhir Liga Super akibat kecede raan kini boleh menarik nafas lega.Mohd Faisal, 29, berkata, kecede raan buku lali kanan yang dialami sudah pulih dan kini memulakan sesi latihan ringan dalam mempertingkatkan kembali stamina.Saya bersyukur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan , kecede raan yang dialami sembuh selepas hanya dapat bermain dua daripada empat perlawanan.Pelaksanaan PKP juga turut membantu saya untuk proses pemulihan kecederaan dan sebaik liga bersambung nanti, saya harap berada pada prestasi terbaik.

Setakat ini, segalanya p0sitif kerana hanya melakukan latihan ringan bagi mengelak kecede raan berulang, kata pemain kelahiran Kuala Rompin, Pahang itu.Mohd Faisal atau Tocang mengalami kecede raan buku lali kanan ketika skuad Tok Gajah berdepan PJ City FC pada 6 Mac lalu.Kecede raan itu menyaksikan Mohd Faisal terlepas dua perlawnan membabitkan perlawnan menentang Sabah dan Melaka United.Mengulas posisi pertahanan, dia mengakui perlu mengembalikan prestasi terbaik jika mahu kembali disenaraikan dalam kesebelasan utama.Dengan penangguhan liga dan baru pulih daripada kecede raan, saya harap tempoh untuk kembali cergas dapat dicapai sebelum liga bersambung nanti, katanya.