Selangor Dah Rancang Sesuatu

KUALA LUMPUR: Pasukan Selangor tampak sudah mengambil langkah awal untuk menghadapi kemungkinan sa!ngan Liga Malaysia bakal disambung semula, September ini.Mengesahkan perkara itu semalam, ketua jurulatih Selangor B Sathianathan mengakui pihaknya sudah merangka program untuk membolehkan skuad The Red G!ants mengadakan latihan yang dijangka dimulakan bulan depan.Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, program latihan berkenaan akan mengikut segala prosedur operasi standard atau garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan C0VID-19. Katanya, program itu membabitkan semua pemain dan ia akan dibahagikan kepada tiga kumpulan sebagai langkah memastikan SOP seperti penjarakan sosial dapat dilaksanakan.Setiap kumpulan mungkin akan membabitkan 10 orang saja. Kita sudah maklumkan kepada pemain mengenai bentuk program, latihan dan sebagainya.Kita akan mula dalam seminggu tiga atau empat kali latihan.

Bila masuk Julai kita buat lebih sedikit, maknanya jika diputuskan liga boleh diteruskan disambung semula seperti biasa, pemain sudah ada latihan.Saya sudah bincang dengan pengurusan. Pusat latihan kita ada dua padang, jadi kita boleh gunakan kawasan yang luas. Bukan saja satu meter penjarakan sosial, tiga meter pun boleh.Kita akan ikut semua SOP yang ditetapkan termasuk menggunakan ‘hand sanitizer’, pemain tidak bergaul rapat, mengamalkan penjarakan sosial dan sebagainya. Kita juga ada satu pasukan perubatan dan mereka yang akan buat SOP untuk mengawal program ini, katanya kepada BH Sukan.Program yang cuba dilaksanakan Selangor itu juga menunjukkan norma baharu yang perlu diharungi pemain bola sepak susulan pandemik C0VID-19.