KAFA Dalam Masalah

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa telah mengarahkan pasukan bermasalah, Kelantan untuk membayar tuntutan dari bekas pemain import mereka sebelum ini Cassio Francisco de Jesus berjumlah USD145,944.60 atau sekitar RM631,000.Cassio de Jesus yang tiba di Kelantan dari pasukan Semen Padang, telah beraksi selama 2 musim bersama pasukan The Red Warriors sebelum kembali beraksi dalam saingan liga Indonesia bersama Barito Putera.Skuad Kelantan dijangka berdepan kesukaran untuk menjelaskan bayaran yang melebihi setengah juta ringgit itu kerana pasukan itu memang tidak mempunyai dana selain masih berhutang dengan pemain-pemain sedia ada seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kegagalan untuk menjelaskan tuntutan itu akan mengakibatkan pasukan Kelantan bakal terkubur, kerana bakal berdepan hukuman berat penggantvngan dari pihak Jawatankuasa Disiplin FIFA.Kelantan dijangka bakal menerima hukuman penggantvngan sama seperti yang berlaku kepada pasukan Perlis sebelum ini.

sumber:vocketfc